BERBUDI KEPADA TANAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

AWAL bulan Ogos hari tu, cuaca sejuk melanda negara negeri Johor. Dia punya sejuk mencengkam macam berada di Cameron Highlands. Kipas di rumah pun tak berpusing. Penghawa dingin di pejabat, rasa menggigit tulang hitam. Ingatkan sempatlah tanam buah strawberry, tapi negara Johor kembali panas sekarang. Setiap hari kena pakai spek hitam ketika memandu pulang, hihihi.


Kemaskini folder gambar dalam handphone, terjumpa pulak gambar buah dalam baldi ni. Ada rambutan, pulasan, ciku dan bunga kantan. Ini adalah hasil pungutan pelajar-pelajar baharu kolej yang terlibat dalam Minggu Orientasi. Salah satu tugasannya ialah menuai hasil tanaman dalam kolej. 

Sk memang dah maklum kewujudan pokok CIKU dan rambutan tapi terkejut bila tahu ada pokok pulasan jugak. Rupa-rupanya pokok pulasan tu ditanam oleh salah seorang sahabat kami, Arwah Faizal yang telah berpindah ke alam sana beberapa tahun lepas. Semoga pahala untuknya berterusan selagi pokok itu dinikmati hasilnya oleh manusia atau haiwan.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronok la kalau belajar kat Kolej situ kan...macam- macam ada ha...

    ReplyDelete
  2. Ciku. Ya Allah... puluh tahun tak makan buah ciku. Sedapnya.

    ReplyDelete
  3. semangat untuk update terus kak.. informasi yang bagus dan bermanfaat sekali..

    tensimeter murah disini harga tensi

    ReplyDelete
  4. Paling saya suka dalam baldi tu ialah buah ciku.Kami panggil buah sawa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!