KARI TULANG LEMBU & AYAM GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

LENGANG sungguh jalanraya pagi ini walaupun Sk keluar agak lewat. Boleh dikatakan tidak berhenti sepanjang pemanduan sehinggalah di persimpangan lampu isyarat Perodua Tampoi, barulah betul-betul berhenti. Sudahnya, Sk bersarapan bekalan roti dan kopi yang dibawa di hadapan pc selepas sampai ke pejabat. 

Semalam juga, satu hari Sk tak keluar rumah. Jangan kata naik kereta, jejak luar pintu pun tidak. Pak Inche pulak akan bertugas di Stadium Pasir Gudang di sebelah petang, jadi, memang tak sempatlah nak jalan-jalan. Paginya, Sk sediakan sarapan roti telur dan masak awal juga, sebelum pukul 2 dah mengadap nasi dengan lauk Kari Tulang Lembu dan Ayam Goreng.

Masak kari ni, memang pejam mata sajalah. Dah lebih doploh tahun, kan asyiklah mengari. Stok kentang pun ada, jadi, adalah kentangnya dalam kari. Tapi, tomato pulak tak ada, hehehe. Nak dijadikan rajin, bawangnya Sk tumbuk sampai lumat guna lesung batu tau.

Kari Tulang Lembu

Bahan-bahan :

Tulang Lembu 10 ketul
Minyak masak secukupnya untuk menumis
6 ulas bawang merah tumbuk lumat
3 ulas bawang putih tumbuk lumat
1" halia tumbuk/pecahkan
2 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
4 sudu rempah kari daging
1 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
2 biji ubi kentang potong empat
5 - 6 biji cili padi
Air secukupnya
1 senduk santan kotak 


Cara-cara :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis.

2. Tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang sebentar, kemudian barulah tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia, bunga cengkih dan biji pelaga. Kemudian masukkan daun kari, kacau sebentar.

3. Campurkan rempah kari daging, serbuk cili dan serbuk kunyit dengan sedikit air, jadikan pes. Kemudian masukkan dalam tumisan, tambah air jika perlu dan masak hingga terbit minyak.

4. Tambahkan air lagi, masak lagi hingga terbit minyak, tambah air sedikit-sedikit sambil biar minyak terbit sehingga rempah masak secukupnya.

5. Masukkan bahan rempah yang ditumis bersama tulang dalam periuk tekanan. Setkan HP 50. Tutup periuk dan biar ia set.

6. Selesai HP, masukkan ubi kentang dan set HP 5.

7. Selesai, set Stir Fry, kemudian masukkan santan, kiub pati lembu, asam keping dan garam seckup rasa. Akhir sekali masukkan cili padi (jika suka)

Nota : Jika tak guna periuk tekanan, lebihkan air dan biarkan kuah mendidih sehingga daging empuk.

Goreng ayam jugak walaupun masak kari tulang. Sesuailah ayam goreng digandingkan dengan kari tulang ni kan. Goreng guna minyak bukan air fryer.

Masak kari wajib ada papadom, hehehe.

Sambil masak nasi, tenggek pengukus dan kukus Ketupat Palas dan Rendang Tok yang dibeli di Empayar Makanan Ekspo MAHA 2022. Yang ni buat makan petang. Eh, kalau tahu elok aje lagi ketupat dan rendang ni beli je lebih. Nantilah, tunggu MAHA tahun 2024 pulak, minta pada Allah swt agar panjang umur, jumpa tahun 2024, Amiiinnnn YRA.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedap2 semuanya
    Selamat menjamu selers

    ReplyDelete
  2. Nalla kari tulang bini PI ni...
    Sesekali ecer try kari tulang + ubi keledek oren pulak...Antara lauk kenduri orqng kampung saya dulu-dulu..Kalau sedap boleh teruskan..kalau tak atleast dah cuba🤭

    ReplyDelete
  3. Eish, duagaan! Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.

    ReplyDelete
  4. Ayam goreng mesti ada. Nanti Pak Inche tercari-cari pula kan SK.

    ReplyDelete
  5. Aduhai...nasib SA masih post covid dan masih xde selera nak makan....kalau tak..sure dah mintak Pak Zain buatkan ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!