TOMYAM SOTONG & SIAKAP STIM LIMAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SETIAP kali hari bekerja, memang kena jemput mambang rajin datang sebab malas nak keluar rumah semula. Biasanya, masak yang mudah-mudah aje.. kari.. sambal atau asam pedas. Tapi semalam, Pak Inche kata, nak makan Ikan Siakap Stim. Siakap tu dia dah beli dua minggu lepas di pasar tani. Tapi, kannn asyik berjalan aje, bertapalah dulu ikannya dalam peti ais. Jadi, semalam, kena puja lebih sikitlah mambangnya, sebab nak Masak Macam kat Restoran, hahaha.

Ikannya besar sangat, tak padan dengan periuk, terpaksalah Sk potong dua. Perencah masak stim limau, disediakan sepenuhnya oleh Pak Inche, Sk tinggal bersihkan ikan dan kukuskan sahaja. Jadi, tak adalah resepinya. Malas la nak tanya Pak Inche, nanti dia berlagak kononnya dialah chef terkemuka dalam donia, hahaha.

Pak Inche terjumpa pulak Perencah Sup Tomyam Seri Aji ni dalam kabinet dapur. Terus beritahu Iman nak masak tomyam. Tapi, takut nak beritahu bini, maklumlah, bini garang, karang suruh masak banyak-banyak (lauk), periuk belanga pulak melayang, hahaha.

Sk belek arahan memasak pada bungkusan, macam senang. Cuma panaskan 1 liter air, masukkan 3 sudu besar serbuk perencah tu, serai, bawang, daun limau purut, ayam, sotong dan tomato, dah siap. Sk tambahkan akar daun ketumbar dan cili padi (diketuk). Juga perahan jus limau nipis serta gula. Hurmmm.. sedap betullah tomyamnya, kalah kedai tomyam, hahaha. Boleh dipercayai perencah Seri Aji ni.

Masak Baby Kailan Sos Tiram dua bungkus terus. Selalu, jaranglah sayur boleh habis dua bungkus, tapi semalam, licinnnn. Masa menumis tu, campak sotong sikit, bagi rasa-rasa.


Tengoklah Elang tu, pantang betul bau ikan. Dia sekor jer perangai macam tu. Dulu, geng dengan Ponti. Cuma tak panjat meja aje, biasanya jenguk macam tu jer la. Kalau yang lagi enam beradik tu memang tak panjat meja langsung ya. Kucing dalam rumah ni semua disiplin. Berani la nak panjat meja masa bibik tengah makan, hihi. Oh, kitorang memang tak ada alas meja, sebab nanti majikan tarik, hahaha. Kesian jadik bibik kucen nikannnn...

Burppp.. malam ni, nak masak apa pulak ek??

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kari, sambal, asam pedas tu SK kata mudah???
    kalau ammi yg mudah tu masak stim.

    ReplyDelete
  2. Alahai...rajin ni masak..SA 4 hari duk umah x masak langsung...x sihat so x dibenarkan turun bawah...turun untuk makan je...psst...malam ni ada orang nak blanje makan sempena dapat gaji pertama...hahahaha....

    ReplyDelete
  3. Aduhhh..sedapnyeee siakap stim tu. Nak gugel resepi la hihihi

    ReplyDelete
  4. Saya selalu fail bab mengkus ikan...tak sesedap orang lain masak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!