MAKAN NASI KANDAR IMIGRESEN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

MALAM kedua di Penang, cadangnya nak pergi makan Sup Hameed tengah-tengah malam. Tak jadik pun. Dah remaja purba ni, kurang tenaga dah nak keluar malam, hahahah. Lepas makan Nasi Kandar Kampung Melayu, kami ke Pasar Malam Batu Feringgi, nampak ada orang jual Nasi Lemak Daun Pisang, beli tiga bungkus untuk makan malam. Sebungkus seringgit. Kat situ ada cawangan Sup Hameed tapi kenyang banget makan nasi kandar kan, kami ambil keputusan makan nasi lemak bungkus tu jer la kat hotel bila dah lapar nanti.


Esoknya, lepas check-out, Pak Inche ajak jugak ke Nasi Kandar Imigresen bagi melengkapkan syarat. Memang tujuan ke Penang ni sebab nak makan NKI habaq hang! Alhamdulillah, buka! 


Waktu Perniagaan setiap hari kecuali Jumaat, 9 pagi hingga 7 malam. Nampak ramai yang sedang menjamu selera di gerai mamak sederet dengan gerai nasi kandar dan juga di kedai kopi bersebelahannya. Boleh pilih nak duduk di mana-mana. Bagi Sk kawasan ni bersih cuma tempat lama kan. Kalau korang jenis high-class, jangan datang sini, tapi i say u, Khairul Aming jutawan tu pun datang makan sini tau. Boleh tengok kat ytc Khairul Aming tu.


Pengalaman pertama makan di NKI ni pernah Sk blog DI SINI.


Pinggan pink untuk Sk. Yey, ada telur sotong 😋


Pinggan hijau untuk Pak Inche. Kelainannya di sini ada bawang goreng yang hangus-hangus sikit menjadikan ia sedikit berkaramel dan pahit. Ayam gorengnya lembut dan lunak. Bagi Sk, setiap kedai nasi kandar yang Sk pernah singgah, ada kelebihan masing-masing. 


Pak Inche ni, nak kasi dia happy, kita layankan aje la selera dia. Nanti ada masa dia pulak layan apa yang kita suka. Tapi, kalau benda yang dia tak suka tu, kita layan diri jer la, hahaha. Begitulah, bak kata Iman, saling melengkapi. Amboi, pandai pulak anak aku ni berkata-kata.


Peliknya, baru dua jam kot makan buffet kat hotel, boleh licin macam ni pinggan nasi kandar?? Saka mana ngikut ni, tataw laaaaaa!

Nak datang sini, waze aje, Nasi Kandar Imigresen 😋

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. haa ni boleh share dekat kawan saya, dia nak gi penang tak lama lagi..

    ReplyDelete
  2. Oklah tu SK, sedaplah NKI ni... PH belum pernah try... asyik2 yg beratur dekat Seberang Perai tu, sbb malas nak masuk pulau huhu

    ReplyDelete
  3. Suka betul PI dengan nasi kandaq na..
    Betul la kata Iman.. saling melengkapi..tak lengkap lagi tak pekena nasi kandaq..hihihi

    ReplyDelete
  4. Aduhai....membuak2 rasa nak pi terjah Penang ha...tunggu lepas bulan 9 la...ada laki best skit jalan kan..haha

    ReplyDelete
  5. Agaknya dulu pakcik tu keja imigresen ke kak? Kalo ke penang x mkn nasik kandaq mmg x sah kan?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!