TONTON FILEM MALBATT : MISI BAKARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

SEJAK nampak iklan promosi filem Malbatt : Misi Bakara, dah rancang dengan Iman untuk menonton. Seperti biasa, kami pilih tayangan pagi hari Jumaat, tiket sudah dibeli awal beberapa hari secara online. 


Iman ajak menonton di GSC cawangan Midvalley Southkey. Tayangan jam 10.40 pagi, banyak masa untuk bersarapan dahulu. Kami ke cawangan baharu Restoran Thoufeeq di Taman Pulai Mutiara. Iman makan Roti Telur dan Teh O Ais. Budak-budak sekarang macam ni la, pagi-pagi dah minum ais. Sk pilih Roti Canai dan Nescafe O Panas. Lepas sarapan, kami terus menuju ke destinasi.


Sampai Midvalley, Harvey Norman pun belum buka lagi 🤣.


Ada tiga hall dibuka untuk tayangan Malbatt di sebelah pagi. Suruh Iman pilih panggung yang best. Iman kata, panggung premier, RM16, tapi kedudukan kerusi agak mengelirukan sebab cuma ada dua baris sahaja iaitu B dan C. Satu lagi hall, bermula dengan A tapi tak ada baris B dan C, terus ke D. Kami nekad jer la pilih baris B tu. Beza tiket hall premier dan normal hall cuma RM2. Lepas tu baru perasan dua-dua ni akan tonton dari skrin yang sama rupa-rupanya.


Termasuklah hall ketiga, Skybox. Hall ni  macam akuarium 😆. Kerusinya kembar 4 berharga RM88. Kalau datang 4 orang, bahagilah 4, seorang bayar RM22. Kalau datang berdua macam kami, seorang RM44. Haaa.. tak kuasa! Ni untuk tayangan pagi ya, kalau selepas tengahari mungkin lagi berganda regenya. 


Kami dapat seat single macam ni. Ada butang-butang untuk melaras seat menjadi reclyner sofa.


Tak bersentuh langsung dengan orang sebelah. Boleh lunjur kaki, angkat kaki, baring, haaa.. ikutlah keselesaan masing-masing.


Mula-mula naikkan sikit jer.


Bila lampu dah padammm..  🤣


Cerita dah nak mula...


Malbatt: Misi Bakara

Tarikh Tayangan: Ogos 2023
Pengarah: Adrian Teh
Produksi: Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw

Watak Pelakon
Bront Palarae sebagai Mejar Adnan
Shaheizy Sam sebagai LKPL Ramlee
Hairul Azreen sebagai LT Ismail
Zahiril Adzim sebagai LT Dahari
Iedil Dzuhrie sebagai LT Mustafa
Adlin Aman Ramlie sebagai KOL Rahman
Fauzi Nawawi sebagai Mejar Osman
Tony Eusoff sebagai Mejar Abd Samad
Syazwan Zulkifly sebagai LT Johan
Dafi Ismail Sabri sebagai LKPL Zulkifli
Taufiq Hanafi sebagai LKPL Fuad
Nafiez Zaidi sebagai LKPL Nik Zainal
Dini Schatzmann sebagai SGT Hamid
Gambit Saifullah sebagai SGT Mukhriz
Safwan Nazri sebagai PTE Isa
Ikhram Juhari sebagai LKPL Wahid
Theebaan G sebagai LKPL Shah

Sinopsis

Filem ini berdasarkan kisah benar pada tahun 1993 dan menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyelamatkan askar-askar Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, ibu negara Somalia, dalam kejadian Black Hawk Down.

Filem ini berdasarkan peristiwa ‘Black Hawk Down’ dimana menceritakan sisi pasukan tentera Malaysia ketika mereka terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pertempuran di Bakara Market, Somalia.

Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.

Filem ini membawa penonton menyelami keberanian anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 menyelamatkan 70 anggota US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia. Sumber


Ulasan / Spoiler Alert :

Pertama sekali, sebelum menonton filem ini, penonton digalakkan untuk memahami maksud MALBATT.


MALBATT merupakan singkatan kepada Malaysian Batalion. MAL merujuk kepada Malaysia dan BAT adalah singkatan perkataan Batalion, ringkasannya MALBAT (MALaysia BATalion). Ia adalah pasukan tentera Malaysia yang dihantar bertugas ke luar negara untuk misi keamanan.  Ada beberapa misi ke luar negara melibatkan pasukan tentera kita antaranya Bosnia, Somalia dan Lubnan. Filem ini mengangkat kisah seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis yang dihantar ke Somalia pada tahun 1993.


Terdapat dua misi yang dipaparkan dalam filem ini iaitu misi menyelamatkan pelancong yang dijadikan tebusan di sebuah hotel. Dalam babak ini, MALaysian BATalion yang diketuai oleh Lt Dahari (Zahiril Adzim) telah bertempur secara bersemuka dengan pengganas Somalia.  Mereka membawa seorang jurubahasa , Abdelle untuk melakukan rundingan dengan penunjuk perasaan. Misi mereka berjaya apabila pengganas tumpas kerana tidak mahu menyerah diri dan semua pelancong dapat diselamatkan.


Mejar Osman (Fauzi Nawawi) kemudiannya mendapat arahan untuk membawa pasukannya ke Mogadishu kerana ada satu misi yang perlu dilaksanakan dan pasukannya bergerak dengan menaiki kenderaan pengangkut berperisai (Armoured Personnal Carrier - APC). Mejar Osman pada mulanya menganggap ia adalah misi dan kawalan biasa. Sebelum sampai ke sana, mereka terlebih dahulu mendengar taklimat dari pasukan tentera US dan Mejar Osman mula merasa ia bukanlah misi biasa yang dibayangkan. Semasa taklimat, mejar dari US memandang rendah pada MALBAT malah mereka tidak kenal pun negara Malaysia. MALBAT membantah apabila hanya pasukan tentera US dan Pakistan sahaja yang akan mengikuti misi, sebaliknya mereka akan menggunakan APC dari Malaysia.


MALBAT berkeras untuk menyertai misi namun mereka diarahkan pulang tapi akhirnya mereka turut menyertai misi yang pada mulanya tidak diketahui apa misinya. MALBAT menaiki APC bersama tentera US dan manakala tentera Pakistan menaiki kereta kebal lain. Belum pun separuh perjalanan, tentera Pakistan mengalah dan berpatah balik  apabila diserang tembakan bertubi-tubi oleh ribuan penunjuk perasaan. Hanya APC MALBAT yang terus mara. 


Namun, dua APC yang dinaiki LKPL Zulkifli (Dafi) dan LKPL Ramlee (Shaheizy Sam) telah tersesat apabila  LKPL Zul mengelak RPG (Rocket-Propelled Grenade) yang dilancarkan penunjuk perasaan. Haaa.. terkelu sekejap la masa ni.


 Anggota yang lain diarahkan untuk meneruskan perjalanan ke Bakara Market dan mereka mempertaruhkan nyawa dengan turun dari APC bagi membuka laluan yang disekat oleh puak pengganas, satu babak yang agak mendebarkan dan membuatkan Sk kagum dengan keberanian pasukan tentera Malaysia kerana ini adalah kisah benar. Kemudian, barulah mereka diberitahu misi sebenar adalah bagi  menyelamatkan pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farah Aidid semasa pertempuran di Bakara Market, Somalia.


Memandangkan ia merupakan garapan dari kisah benar yang mungkin diceritakan sendiri oleh mereka yang terlibat dalam misi tersebut, maka tidak banyak yang boleh dilakukan. Tiada plot twist dan jalan cerita mendatar. Ada watak yang kita nampak menarik namun hilang di tengah jalan. Mungkin masa tayangan yang terhad tapi ada pula watak yang berlebih-lebih babak dan skrip untuknya. Paling meruntun hati apabila ada tentera kita yang terkorban di bumi asing. 


Malam terasa panjang apabila boleh dikatakan hampir sebahagian filem diisi dengan babak di dalam kereta kebal dan tembak-menembak dalam kegelapan malam. Tiada adegan pertarungan, namun mendengar bunyi peluru bertalu-talu sudah cukup untuk membuat kita rasa bersyukur, betapa beruntungnya tinggal di bumi Malaysia yang aman dan makmur.

Sumber Gambar : Google Image.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!