MENGINAP 3H2M DI IBIS HOTEL & JALAN-JALAN DI BANDA HILIR

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT


SEMPENA Cuti Hari Kemerdekaan yang ke 66, kami bercuti ke Melaka. Kali ini, Pak Inche buat tempahan hotel di tengah-tengah pusat bandar Melaka iaitu Ibis Melaka Hotel. Selama ni jika ke Melaka, biasa lalu depan hotel ni, Sk tengok sekali lalu, nampak macam bangunan rumah kedai tapi rupanya ia merupakan sebuah bangunan berasingan yang mempunyai ruang parkir yang luas di bahagian belakang serta kolam renang.


Urusan daftar masuk di kaunter penyambut tamu agak lambat memandangkan banyak bilik belum siap. Sebenarnya banyak jer bilik yang dah siap tapi kami request bilik connecting, tu yang katanya lambat padahal dah beritahu awal-awal masa buat tempahan tu. Ibis Hotel ni cuma lima tingkat jer, kami dapat bilik tingkat 3, tengok nombor macam bilik sebelah lif rupanya hujung sekali daaa. Kami memang selalu la dapat bilik hujung.


Tapi, bila dah masuk, cari-cari pintu ke bilik sebelah, tak jumpa. Nak tukar bilik macam leceh pulak, Iman pulak kata, okey jer kalau tak bersambung, nanti babah tak boleh datang kacau 'off' air-cond dia 😆. Pintu sebelah katil tu, pintu bilik air, mengadap pulak dengan bilik, selalunya pintu bilik air kedudukannya selari dengan pintu masuk, kan. Katil saiz permaisuri jer, tapi bantal dan comforter dia best betul.


Konsep bilik moden dan simple. Bilik dilengkapi dengan ruang mengopi, tempat menggantung pakaian, peti sejuk mini, peti keselamatan dan seterika. Bagaimanapun tiada papan penggosok disediakan (Pembetulan : Iman kata papan tu dia letak celah almari dengan langsir tu 🤣).


 Kamar mandi luas dan selesa. Sk suka lantai jubin ruang mandi dia tapi Iman tak suka, dia fobia bayangkan nanti keluar serangga dari celah jubin, heheh. Tapi, amenities lain tidak disediakan kecuali sejenis sabun sahaja yang dilekatkan di dinding dan cuma ada dua helai tuala mandi. Pancuran air laju sampai rasa tak mahu keluar dari bawah shower tu, hahahah.


Ibis Hotel ni menjadi pilihan ramai pelancong tempatan dan luar negara kerana kedudukannya yang strategik, hanya perlu berjalan kaki 10 minit untuk ke Banda Hilir yang menempatkan banyak bangunan bersejarah.


Pak Inche dah janji, bercuti kali ni tak mahu memerap di bilik aje. Petang tu, kami berjalan menyusur tepi sungai tengok cruise lalu. Iman kata, satu perkara yang kita tak pernah buat jika ke Melaka, naik cruise. Entahlah, rasa macam membazir jer bayar tambang cruise tu 😆.


Iman berkenan dengan topi katak ni tapi dia takut mahal. Lepas tu nampak satu gerai ni letak tanda harga, best price RM15, kita belilah seketul buat kenangan datang ke Melaka kali ni.


Asal berjalan beli topi. Hari tu pergi Penang beli topi jugak, entah mana dicampaknya. Padat giler pelancong kat bangunan merah ni, teringat zaman PKP dulu, Sepi Sungguh Bandaraya Bersejarah ni, cuma kami tiga beranak jer kat sini pasal masa tu orang KL dan Selangor tak boleh merentas negeri. 


Penat berjalan, teringin pulak nak minum jus tembikai terus menerus dari buah tembikai. Beli sebiji aje.


Pak Inche tu nak beli dua biji, untuk dia je sebijik, tapi Sk kata kongsi la sebijik jer cukup. Sebiji ni RM15. Tak pelah Sk minum dua sedut je pun, bagilah Pak Inche sedut lebih 🤣.


Perasmian jus buah tembikai oleh Pak Inche. Ada dua gerai yang jual jus tembikai dari buah di tepi sungai ni.


Mula-mula sedut sorang sikit.


Lepas tu tak habis-habis... Aaaa.. nasib beli sebijik jer. Iman siap kata nak mintak plastik sambung minum kat hotel. Sebiji tu rasanya, 4 - 5 orang pun boleh. Lepas habiskan jus tembikai, kami balik ke hotel. Lepas maghrib, kami keluar makan malam di Ikan Bakar Cikgu, Muara Anjung Batu.


Sarapan hari pertama, Pak Inche ambil Nasi Lemak dan Telur Mata. Jika hendak, ada lauk gulai tongkol untuk dimakan bersama nasi lemak. Telur mata tu memang chef goreng dua biji terus macam tu. Pak Inche kata yummy sangat bila kuning telur tu digaul dengan nasi. 


Nampak ada guest tengah menyuap bihun goreng, terus terliur. Sk ambil sepinggan bersama karipap dan sebiji mini sosej. Bihun tu goreng bodo jer tapi sedaplah di tekak Sk lagi-lagi bila digaul dengan sambal tumis tu. Karipap tu sedap dan padat intinya. Pak Inche pun cakap, nasi lemak sedap. 


Ni pinggan Iman, dia pagi-pagi memang tak berselera sangat nak makan.


Ada lontong. Memang cafe letak cawan lebar ni untuk guest letak lontong.


Sk ambil mangkuk besar kat bahagian telur. Lontong kan, kenalah makan banyak 🤣.


Tahulah kacang panjang tapi janganlah kerat panjang-panjang.


Iman ambil roti.


Hari kedua sarapan, Iman kata, tema sarapan hari ni semuanya pucat-pucat 😆. Yang dalam cawan merah tu, jagung bersusu. 


Ni pinggan Pak Inche.


Sk ambil Nasi Lemak Telur Mata. Ada lauk rendang ayam tapi Sk tak ambil.


Bihun bodo macam semalamnya pun ada. Lepas tu paksa Iman makan nasi lemak dia sebab sedap. Nasi lemak tu guna beras basmathi. Nasi sedap, sambal pun sedap. Ada French Toast makan dengan Maple Syrup.

Burppp.. Alhamdulillah 😍

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Jenama hotel Ibis ni terkenal, tapi saya belum pernah cuba menginap di mana-mana hotel Ibis.
    Menarik tu nasi lemak sedap…kegemaran saya 😋

    Lain macam tu Sk, minum air tembikai dalam buah tembikai 😀. Berbaloi ya RM15 boleh minum ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. Masa pergi kenduri SA, kami tercari gak kak Seri, ingatkan ke Melaka terus ke Seremban,, sekali SA kata SK tak dapat datang ...

    ReplyDelete
  3. Kiteorang pun pegi Melaka jugak lepas kenduri SA. Duduk dekat hotel tak jauh dari Kampung Morten, tapi tak berjalan sangat sbb suami masih tak berapa sihat. Lepas check in dia terus tidur.

    Lain kali nak try la jus tembikai minum dari buahnya. Macam best je. Seafood tu pun mcm best je.

    ReplyDelete
  4. Kitorang pernah stay sini gak SK. 2020 kot, bawa Abang gi IV MRSM.
    Mula tu ingat takde parking, rupanya kat belakang kan...

    ReplyDelete
  5. Pernah bermalam di Ibis Hotel tapi di Inanam.

    ReplyDelete
  6. Saya selalu suka stay di Ibis. Chained hotel dari Accord Group ini memang bagus2. Tapi dari 3 jenis Ibis, saya prefer Ibis Style sebenarnya, tapi memang tak semua tempat ada. Ibis Merah ini pun suka. Bedding dia comfort sangat 👍.

    Saya june kemarin dengan teman2 naik Cruise Melaka ini kak 😄. Namanya turis asing kan, pasti nak coba hahahahah. Kalo orang Malaysia mungkinlah tak terlalu nak, tapi kami penasaran rasanya. Dan saya akui, ternyata biasa saja, hanya lewat lihat sekeliling pakai Cruise 😅. Untung kami ambil malam. Kalo siang saya yakin gerah sangat.

    Tapi saya sukaaa dengan Melaka. Kulinernya best 👍

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!