Assalamualaikum WBT
KHAMIS lepas, selain dari Pak Inche yang sepatutnya bertugas di Sri Pentas untuk program Malaysia Hari Ini, Iman juga sepatutnya menjadi fasililator perkhemahan di UTM. Saat akhir, perkhemahan ditunda pada satu tarikh lain. Bolehlah dia ikut kami ke KL. Sk terus cadangkan agar kami terus ke Janda Baik, terlanjur dah dekat, kan. Sebenarnya, banyak kali dah Sk mengajak Pak Inche ke Janda Baik, namun setiap kali jugak ajakan Sk ditolak. Alasannya, tak ada apa yang menarik di sana selain hutan. Nanti nak makan apa kita? Takut sangat tak makan la Pak Inche ni 🤭.
Alhamdulillah, masih ada rezeki kami, dapat tukar tarikh daftar masuk lewat sehari dari tarikh tempahan sebenar.
Sebelum ini, Sk ada ceritakan DI SINI yang kami terpaksa berpatah balik ke Johor Bahru setelah sampai ke Machap. Punyalah kecewa masa tu tapi Sk percaya setiap suatu yang berlaku itu pasti ada hikmah.
Jika selalunya, Pak Inche yang pilih penginapan, kali ni biar Sk yang pilih 😍. 101 Resort & Spa ni terletak di Pulau Santap, Kampung Janda Baik. Lokasinya agak strategik berhadapan masjid, sekolah, restoran dan di kelilingi anak sungai dan jeram. Bangunan utamanya macam istana zaman silam. Cantik sangat.
Dapat daftar masuk awal.
Lobi
Bilik-bilik terletak di kawasan berbukit. Kami dapat bilik Siantan 19 yang terletak di kawasan agak landai, dapatlah letak kereta depan bilik.
Kena naik tangga. Mujurlah setingkat sahaja.
Ambil bilik standard. Masuk jer bilik nampak katil terus 😂. Katil saiz super single, memang sesuai la dengan saiz kami tiga beranak ni. Tapi, tu laaa.. rasa macam tidur dalam hammock ya, dah melendut tilam dia 🤭.
Ruang solat dalam bilik ni agak terhad disebabkan kedudukan kiblat menyerong. Ada satu ruang betul-betul depan pintu sebelah katil yang ada handbag pink tu dan satu lagi di tempat Iman berdiri tu yang merupakan laluan ke bilik air.
Ruang membancuh kopi dan teh dan ruang kerja serta mekap. Sebelah kiri ni ke bilik air. Ada dua cermin besar diletakkan di sini.
Ingatkan satu jer bilik air, ada dua ya. Tapi sayangnya, cuma satu bilik air yang pancuran air hujannya berfungsi, itupun tekanan air agak perlahan. Tekanan air di sinki dan tandas laju. Bilik air juga dilengkapi dengan pili untuk ambil wudhu dan kegunaan lain. Cuma, kami agak kecewa dengan tahap kebersihan bilik air. Sayang betul, tempat dah cantik tapi mereka mengabaikan kebersihan bilik air yang cantik dengan jubin ala batu sungai. Mujurlah Sk bawa sandal getah yang boleh digunakan di bilik air. Selain dari tu, tv dilengkapi dengan netflix ya tapi tak sempat nak layan pun 🤭.
Petang tu, Sk dan Iman mandi sungai. Pak Inche tak nak mandi, sejuk katanya.. cissss! Boleh tahan deras jugaklah airnya cuma taklah dalam, tapi gayat jugaklah dah remaja purba ni kan. Dulu-dulu selamba jer mandi air terjun kat Kota Tinggi tak ada apa pun. Mungkin sebab banyak batu jadi kena berhati-hati risau jatuh. Dekat sini ada kedai yang sewakan boya hitam besar tu, Sk pelik jugak, air bukan dalam pun pakai boya buat apa? Rupanya, dorang duduk atas boya tu dan biar boya tu dihanyutkan arus sungai tu sendiri.
Masa buat tempahan, kami diberitahu, sarapan pagi ada disediakan dan bayar di cafe tapi masa daftar masuk, staf beritahu mereka akan beri sarapan berupa nasi lemak, percuma dan dihantar ke bilik.
Syahdu wei sarapan dalam suasana macam ni.
Ada 'janda baik' datang. Sk tertinggal pulak kibbles, nasib baik dia pandai makan telur goreng.
Kesimpulannya, percutian ke Janda Baik ni sangat best! Cuma banyak tempat tak sempat nak teroka kerana Sk perlu balik segera sebab dah janji nak hadir jemputan sepupu di Johor. Hurmmm.. nampaknya kena datang lagi ni, Pak Inche!!!
Woooo... kita mampu melihat dari pinggir kayangan! Kalau dah masuk kayangan, memang syurgalah jawabnya. Kita yang jauh ni, memandang tak berkelip!
ReplyDeleteHarus diulang datang ke sini SK.
Lama tak gi Janda Baik... seronoknya depa 2 beranak berendam dalam sungai tu 🤩
ReplyDeleteBestnyer dapat berkubang sungai
ReplyDelete