KURMA AYAM AYAM BRAND

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 


PERKHABARAN duka Sk terima pada tengahari semalam, senior Sk yang dikenali sebagai Zaid Zain, meninggal dunia selepas lebih dua minggu menjalani rawatan di HSA, Johor Bahru.


   إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن  

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali"


Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia. Semoga Allah tempatkan rohnya di kalangan hambaNya yang soleh

Aminnn Ya Robbal Alaminnn 🤲🏻



Kisah masa duduk rumah seorang beberapa minggu lepas lagi ni. Masa tu buntu nak makan apa. Dia punya buntu tu, sampai tak terasa lapar. Tetiba teringat ada pes Kurma Ayam Brand dapat free dalam laci kabinet. Terus Sk ambil ayam seketul, rendam untuk defrost. Pukul 5 lebih kot, baru masak nasi. Lepas tu terasa nak masak nasi lebih pulak, kononnya boleh bawa bekal la esoknya tu isnin. 



Mudah jer cara memasak guna pes ni. Cuma masukkan pes dalam periuk bersama kentang dan ayam, tambah air sikit. Renihkan sehingga ayam hampir masak, kemudian masukkan santan. Sk gantikan santan dengan susu sejat. Tak perlu letak garam lagi.


Pes ni cukup untuk 1/2 ekor ayam kot. Sk masak ni suku bahagian ayam je. Tengah-tengah mendidih atas api, dengar PI balik. Eh, selalu, selagi tak habis konsert, tak balik. Awal la pulak.


Patutlah tergerak hati nak masak nasi lebih. Jadi, makan berdualah, tak makan sorang-sorang. Syahdu betul rasa dapat makan sama-sama kembali. Cuma, Sk rasa kurma ni macam manis. Mungkin dalam pes ni letak gula, tak baca pulak bahan-bahan pada label dia.


Disebabkan itu, kita tambahlah telur mata kicap dua biji.


Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nasib baik SA x suka kurma dan x makan kurma..kalau tak mesti jenuh nak kena masak kurma andai ada permintaan..

    ReplyDelete
  2. menu kurma jarang2 kt umh....slalu guna brand adabi

    ReplyDelete
  3. Senang kerja ni...nnt nak cuba...sebab ada peminat masak kurma dekat rumah...

    ReplyDelete
  4. Senang kerja ada pes² gini kan...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah jumpa pes kurma ni. Senang nak masak. 👍

    ReplyDelete
  6. Wah, senang betul nak masaknya. Macam ni sudah bagus. Ada sebabnya masak tu, rupanya nak makan berdua. hihi..

    ReplyDelete
  7. Unce pun sama... kalau telur mata cam tu mesti nak tuang kicap!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!