MAKAN DI RESTORAN NASI LEMAK & WESTERN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


HARI tu, masa Kak Imah ajak temankan dia berurusan di Taman Molek dan makan di Kafe Frenche Roast, Sk ada borak-borak la pasal nak beli cincin omeh tapi tak ada geng. Kak Imah terus kata, jom jom. Amboi, Kak Imah.. pasal shopping omeh, nombor shatu dia! Hahahaha.



Hajat di hati nak beli cincin buat basahan, yang boleh pakai hari-hari la gitu. Bajet RM800 jer.. tapi, mak aihhhh..  cincin halus pun dah seribu, wak. Nangis tepi kaunter, Sk. 


Kami pergi ni hari Jumaat, rehat panjang, kan. Sebelum balik office, kita makan dulu di Nasi Lemak & Western, Taman Damansara Aliff.


Lupa apa nama makanan Kak Imah ni. Macam kueyteow sup tapi bukan. Nampak berselera Kak Imah makan, tentu sedap.


Cucur Udang Mak Timah namanya. Ingat nama Mak Timah tu pun sebab sama nama pembantu am kami, hihi. Ni kira cucur udang stail utara la sebab ada tauhu dan timun serta dicicah dengan kuah kacang. Sk lebih suka cucur udang cicah sos lada.


Beef Lasagna. Sebelum pesan lasagna ni, Sk tanya dulu, frozen ke.. letak dalam aluminium foil ke? Bila staf dia beritahu, homemade, customer order baru buat, barulah Sk setuju.


Lama jugak menunggu lasagna ni dihantar ke meja, Sk ingat staf tak masukkan order ke. Baru menanya, nampak chef dia hulur dari tingkap kitchen. Aaa.. ni memang betul-betul made from scratch ni. Sedap.. betul-betul sedap dan dimasak dengan penuh kasih-sayang.



Sk dengar ramai orang kata, nasi lemak dia pun sedap. Okey, lain kali kita datang makan nasi lemak pulak laaa.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kan SK, harga emas laa nih.. paduuu... nampak sedap semua menu dalam gambar tu lapar pula dah :)

    ReplyDelete
  2. Ye la SK...kita nak tukar gelang, cincin dan anting2 dania masa baby pun tak berbaloi...sudahnya x jadi tukar...

    ReplyDelete
  3. emas mahalnya skrg....kalau dibanding dulu-dulu....semua sedap menunya 💗💗

    ReplyDelete
  4. Seram tengok harga omeh sekarang. Sedap2nya menu kat situ.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!