MASAK STRIPLOIN STEAK LEMBU AUSTRALIA

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


SABTU lepas, sarapan di Ashoka Curry House, lepas tu, PI ajak pergi Village Grocer sebab ada 'Bumper Harvest offers Australia Grass Fed Striploin Steak @ RM79.99/kg* and Block @ RM75.99/kg*. 

PI tanya, yang dekat Sunway tu Village Grocer, kan. SK jawab, ya. Yakin benar kamu ya, Sk. Rupa-rupanya dekat situ, Jaya Grocer la. Masuk jugak la sekejap JG tapi tak beli la. Jadinya, kami berpatah balik la ke arah Tampoi. Pergi Village Grocer cawangan Paradigm Mall.


Kami pilih saiz block ni, jimat RM5 berbanding yang dah siap potong untuk masak steak. 


Sk lari ke depan nak ambil handphone, tengok PI dah hiris dengan pisau macam ni. Ni kami bahagi empat keping la, kalau bahagi tiga nanti tebal sangat pulak.


Lupa nak ambil gambar sebelum buka wrapping daging ni. Ni gambar sebelum campak dalam tong sampah. Tepek sini untuk rekod senang nak rujuk semula akan datang. Tak terfikir pulak nak snap pic harga perkilogram kat Jaya Grocer.


Dah siap potong empat, cuci daging, kemudian tekap guna tisu supaya tak berair sebelum diperap dengan lada hitam, garam dan rempah ratus lain. Guna yang dalam botol aje la. Lepas tu simpan dalam fridge, sebab nak masak untuk dinner. Setengah jam sebelum panggang,  keluarkan dari peti sejuk.


Sk sediakan side dish, Sauteed Carrots & Broccoli. Celur dalam air panas mendidih kemudian goreng kilas dengan butter.


Dekat Village Grocer tu beli juga mashed potato ready made. Tinggal bancuh dengan air panas jer ni, dah siap. Tapi tak ada sos la. 


Macam biasa, tugas memanggang daging diserahkan kepada PI. Selain sauteed vege dan mashed potato, ada jugak kacang panggang, salad dan tomato. Salad dan tomato tu kita picitkan sikit (tipu) thousand island.


Tengah tunggu steak masak.


Okey, steak dah masak. Gambar berbayang pulak. Buat jugak sos steak guna demi glace powder. Memang jimat la masak sendiri, kos daging baru dalam RM15 sekeping. Sedap pulak tu lagi-lagi dekat lelemaks kuning tu, ya ampunnnn.


Hari sabtu masak dua keping, hari ahad masak dua keping. Dua malam berturut-turut la dinner macam mat saleh, hahahaha. Beza nyata berbeza rasa steak daging lembu Malaysia dengan steak daging lembu Australia. Mungkin sebab negara kita panas jadi daging lembu kita kasar dan liat sikit. Mesti best jadi lembu Australia, nyaman jer padang rumput dorang, hahaha. Tu belum lagi daging lembu wagyu Jepun, lagilah duduk dalam air-cond. Okey, nanti kita request PI beli wagyu Jepun pulak laaa, hahaha.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kadang yakin sangat pun tak boleh kan. hihi..Dua makan candle light dinner lah ni dengan steak. Berbaloi-baloi masak sendiri. Kalau wagyu Jepun tu mesti lagi lembut dan sedap kan. Mahal lah sikit tapi.

    ReplyDelete
  2. ok jugak harganya kak, besar dan tebal betul. Berbaloi-baloi bila tengok yang dah siap di potong tu. Bila dah siap masak lagi menggiurkan

    ReplyDelete
  3. Dekat Malaysia pun ada daging Wagyu...

    ReplyDelete
  4. sedap la steak tu..eh pinggan kayangan sama la kita tp yg amy dpt free aritu color grey

    ReplyDelete
  5. (Mesti best jadi lembu Australia, nyaman jer padang rumput dorang) ahahhaha... jap kita gi tanya ngan lembu tu best tak jadi warga Australia

    ReplyDelete
  6. Sedapnya! 😋 Saya tak pernah masak sendiri steak. Makan di kedai setahun sekali pun susah. Sebab harganya. Berbaloi, masak sendiri di rumah.

    ReplyDelete
  7. Memang lebih sedap daging import kak. Untuk steak saya juga LBH suka pilih daging luar drpd daging lokal.

    Dah lama tak buat steak. Kadang memang LBH puas buat sendiri❤️❤️

    ReplyDelete
  8. Kata orang lembu ostolia ni bermata biru.... hehhehe

    ReplyDelete
  9. Lembu mereka lembu muda tak lebih dua tahun itu yang dagingnya lembut.
    Kat tempat kita kebanyakannya daging lembu pencen

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!