SARAPAN DI OH MY BUNDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum WBT 


PAGI tadi, keluar rumah disapa hujan gerimis. Makin lama makin lebat. Makin lama makin lebat, sepanjang jalan. Sampai pejabat pun duduk dalam kereta tunggu hujan teduh Alhamdulillah,  hujan rahmat. Rasa sejuk bumi Jauhar, tapi.. kusangka hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengahari. 


Sk ni kan, jarang sangat keluar sarapan pagi di pejabat. Biasa sama ada bawa bekal atau tapau kat kantin kolej aje. Tapi, sejak semalam, dah janji nak sarapan dengan Fidah di Oh My Bunda atau Warung Bunda. Jadi, kita redah sajalah hujan menuju ke Taman Dahlia.


Kuih-muih masih banyak bersusun dalam dulang. Selalu, Sk ambil kuih dulu, tapi kali ni terus ambil makanan berat. Kuih-muih ambil kemudian.


Rambang perut keliru nak makan apa. Nasi lemakkah, Nasi Ambeng atau Lontong.


Rasanya, lauk-pauk berkuah macam ni dulu tak ada.


Selain nasi ambeng, ada pilihan lauk lain untuk dimakan dengan nasi putih.


Fidah makan Nasi Lemak Sambal Sotong. Sotong dia lembut betul, tapi Fida tak tahan kepedasan. Sk makan Lontong Kering Sambal Paru. Sedap sambal paru dia tapi dasar pinggan Sk berlinang minyak, mungkin datang dari sambal kacang atau sambal tumis.


Punyalah tamak, ambil pulak lempeng. Dekat sini, dia bagi lempeng dua keping dengan sambal sardin. Fidah ambil kuih kaswi, pulut pagi dan kaswi pandan. Sk ambil kuih cara berlauk dan cucur badak. Macam biasalah, tak habis makan, kita tapau. Jujur cakap ni, kuih-muih tu harap rupa sahaja cantik tapi rasa dia tak asli. Contohnya, kuih kaswi kelapa tu, rasa gula semata. Kalau makan sambil tutup mata, memang tak boleh cam itu kuih apa.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok gambar pun dah buat kita rambang perut nak memilih makanan. Semua nampak sedap. Tapi indah khabar dari rupa ye kuihnya. Spoil pulak. Kalau berlinang minyak tak syok juga makan. Harga kira boleh tahan lah kot kan. Harga standard.

    ReplyDelete
  2. Kuih2 sekarang mmg gitu diorg olah...nak jimat kos kot...tapi rasanya harga boleh tahan...mak2 kita buat dulu cukup rasa...yg bagi komen ni pun x tahu buat kuih...huhu

    ReplyDelete
  3. PUnyalah banyak pilihan, mau tak rambang mata

    ReplyDelete
  4. menarik tu hidangan tu lapik dain pisang

    ReplyDelete
  5. macam-macam juadah ada......❤❤

    ReplyDelete
  6. Menariknya Warung Bonda ni, banyak pilihan makanan dan dekorasi pun lawa. Tengok harga pun not bad...

    ReplyDelete
  7. Resit dia ala-ala klasik gitu...

    ReplyDelete
  8. Kuih SK ada juga rasa gula. Hari tu, saya beli kuih, rasa tawar je. Macam makan tepung kukus. Huhu.. nasi lemak dia warna kuning ye.

    ReplyDelete
  9. Banyaknya makanan..macam- macam ada ha...alaaaa..kuih muih tu x sedap ye...x sama yg ori...sekarnag ni susah la nak bezakan kuih2 ni...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!