Assalamualaikum WBT
HUJAN di Temerloh berlarutan sehingga ke malam. Agenda jjcm diteruskan dan setelah membuat carian di TT kami memilih untuk ke suatu tempat ni tapi bila sampai, tengok-tengok macam gelap aje, rupanya tutup. Sk tak ingat nama kedai ni, dia dekat dengan sungai atau esplanade ni la. Nampak ada deretan gerai depan sungai ni tapi semua jualan secara take away, tak ada meja disediakan untuk dine in.
Ada gerai Nasi Lemak dan Nasi Berlauk.
Orang tu pantanglah jumpa nasi lemak daun pisang, belilah tiga bungkus, dia punya dua. Nak makan kat hotel dia kata. Tapi ni, kena jugak nak makan kat kedai dulu. Kami pun pusing-pusing bandar Temerloh, tak ada kedai yang berkenan, kebanyakannya kedai tomyam. Lepas tu, PI kata, ada kedai chapati kat Temerloh ni dia tengok kat TT. Cis! Capati jugak dicarinya. Sk cakap, asalkan jangan macam kedai capati kat Kuantan dulu tu sudah.
Chapati House's nama restoran ni. Sk cakap dengan PI, ni macam sama dengan restoran Pakistan belakang rumah kita yang dah tutup tu, hihih. Sepanjang kami berada kat situ, kebanyakan pelanggan yang singgah sedara-mara mereka jugaklah.
Selain capati, ada juga roti paratha, nan dan puri.
Biasanya capati ni dijual satu set dua keping tapi kat sini dia jual satu-satu. PI pesan sekeping, mak datukkkk, besar betul capati dia lagi besar dari pinggan tu.
Dia datang dengan kuah dhal macam tu, kemudian PI minta kari ayam. Sedap capatinya, lembut jer.
Sk makan Roti Nan Cheese Mozarellaaaaa. Makan gitu-gitu ajelah, tak cicah lauk atau ambil Ayam Tandoori pun. Makan separuh aje, separuh lagi bawa balik hotel. Sambil makan, nampak seorang pekerja atau rakan kongsi bisnes kot, mungkin jugak bos dia, kepal-kepal daging cincang dan masak dalam ketuhar yang ada api tu. Kami pun tertarik dan tanya, dia masak apa? Dia kata, kebab. Lepas tu dia bagi rasa sikit, sedap, macam bergedil la tapi daging sahaja dengan bawang. Kalau kebab dekat kedai arab diorang buat panjang-panjang, ni lebar-lebar. Tak ambil gambar sebab tengah makan guna tangan, hehe.
Balik hotel, lepas mandi, buka pulak bungkusan nasi lemak daun pisang tu. Sedap betul nasi lemak dia ya. Nasi sedap, sambal pun sedap. Memang dibalut daun pisang sepenuhnya. Cakap pasal nldp ni, teringat komen Cie, betullah Cie. PI memang gemar sangat makan nldp, jadi kalau dia dah beli tu, kenalah kita join sekali, baru meriah, hehehe.
Tudia PI dengan nasi lemak daun pisang memang x leh dipisahkan...
ReplyDelete