Assalamualaikum WBT
BANYAK betul alasan PI jika Sk ajak jalan-jalan ke Temerloh, Pahang. Teringin sangat Sk hendak menjejakkan kaki ke Pekan Sari atau Pekan Sehari Temerloh yang diiktiraf MBOR (Malaysia Book Of Records) sebagai pasar pagi terpanjang di Malaysia pada tahun 2023. Bukan itu sahaja, teringin beno Sk nak merasa kuih tradisional negeri Pahang, kuih tiga beradik yang dikatakan tidak ditemui di tempat lain. Ni tidak, balik-balik pergi Melaka.. Penang.. Melaka.. Penang, hehehe.
Pucuk dicita, ulam mendatang.. apabila biras Sk, Kak Maznah menjemput menjadi ahli rombongan majlis merisik, meminang dan bertunang anak beliau aiatu anak saudara PI, Sulhi yang berlangsung di Temerloh yang mendapat jolokan nama Bandar Ikan Patin. Nak nak pulak, ianya berlangsung pada minggu cuti panjang sempena Hari Malaysia. Kami terus setuju untuk sama-sama pergi ke majlis tersebut.
Dari Restorang Udang Galah Orang Minyak, Triang, kami meneruskan perjalanan ke Temerloh menyusur Sungai Pahang yang terletak di sebelah kanan jalan. Banyak sungguh gerai ikan patin yang menjual ikan patin dan talapia di sepanjang jalan. Disebabkan dah kenyang kami terus menuju ke hotel sajalah. PI buat tempahan hotel ni agak awal jugaklah. Risau jugak jika tak ada bilik sekiranya lambat-lambat buat keputusan hotel mana yang sesuai untuk kami inap.
Urusan daftar masuk agak mudah dan cepat. Selepas mendapat kunci bilik kami terus menuju ke bangunan berdepan dengan lobi ni. Bangunan hotel ini terdiri dari dua blok berasingan. Ada dewan untuk majlis perkahwinan jugak di sini. Sk lupa pulak nak ambil gambar kunci bilik yang masih oldskul tak seperti kebanyakan hotel kini yang menggunakan kad akses.
Ni pemandangan dari lobi lif di tingkat 2.
Medan letak keretanya luas, tak risaulah PI nak meninggalkan kereta kerana ia terletak dalam kawasan berpagar dan selamat.
Nombor bilik kami 212, tak ambil jugak gambar pintu bilik. Ah, ko memang double standard la Sk, memilih nak ambil gambar, hahaha. Taklah, banyak sangat bawa barang, mana nak pegang kameranya, tu yang tak sempat ambil gambar. Masuk jer dalam bilik, terserlah zaman kolonialnya tapi kebersihan memang tip top ya. Walaupun bilik lama macam zaman selepas merdeka, lantainya bersih berkilat dan sedap dipijak. Nampak tak punya tegang cadar tu. Cuma dia tak pasang langsir siang jer la, nasib tak ada bangunan tinggi berdekatan.
Ada meja solek dengan cermin besar yang disediakan lampu, senang nak pakai celak, hahaha. Seterika dan papan penggosok tidak tersedia di dalam bilik. Sk memang bawa seterika dari rumah, di sinilah tempat menggosok Sk, hehehe.
Bilik luas dengan almari bertutup. Seterika tak ada takpe, peti sejuk pun tak ada ya. Kalau nak minum air sejuk-sejuk, kat bawah ada mesin gedegang, hahaha. Kedudukan bilik air di hujung sana sebelah kiri, belakang almari. Bilik air bersih cuma tak baru. Cermin pun dah berkarat, sinki pulak retak, hahaha. Tu takpa, bidet untuk toilet tak ada, hahaha. Mujurlah ada shower mudah alih, tu pun yang macam gagang telefon dulu-dulu. Tapi, tekanan air dia lajuuuuu.
TV tak besar sangat digantung di dinding. Tengah-tengah tengok TV siaran hilang.
Hujannnn sudah, patutlah tak ada siaran. Kak ipar Sk yang duduk Kuantan cakap, hari-hari hujan. Bila hujan ni punyalah sejuk, dah rasa macam kat Cameron Highlands pulak.
Hujan-hujan ni mengopi la sedap, kan. Tak ada teh disediakan cuma kopi 3 in 1. Mujurlah Sk ada bawa gula peket dan teh uncang dari hotel-hotel yang pernah diinap sebelum ni, memang ada jer tu dalam beg mekap, hehehe.
Kiranya tercapai ler hasrat nak pi pasar pagi temerloh bila dapat menjadi rombongan meminang dan bertunang anak buah. Selalu dok doa akhirnya Allah makbulkan. hehehe
ReplyDeleteSaya pernah bermalam di sini juga, memang hotel lama. Pasar minggu Temerloh memang best, menarik betul tempatnya tepi Sungai Pahang.
ReplyDeleteX sabar nak baca pengalaman SK pi Pekan Sari plak...SA dah....hehehe..
ReplyDeletedah lama tak ke temerloh sejak anak anak request balik pahang ikut KL. Kalau dulu kami lalu temerloh.
ReplyDeleteAkhirnya dapat jugak ke Pahang ye. Kalau tidak asyik ke kampung angkat Pak Inche' je.
ReplyDeleteMasih ada lagi ye hotel guna kunci. Back to zaman dulu kala lah ni. Bangunan dan bilik zaman kolonial pun kalau diselenggara dengan betul, cantik jadinya kan. Melestarikan seni bina lama. Baguslah dorang jaga kebersihan bilik.
Sinki retak tu teringat-ingat bilik Tunamaya sinki terkopek² dan kotor. huhu... Mujur cermin dia tak ikut retak sekali kan, berkarat tu kira uzur dah tu.
Bidet tu watak penting dalam toilet, tak ada pulak dia ye.
Okaylah tu kena tempias sejuk, boleh feeling ala-ala bercuti di Cameron Highlands. hihi...
Perasan gak hotel ni masa gi Temerloh awal tahun hari tu...
ReplyDeleteRisau juga takde day curtain kan.. entahlah rasa insecure pulak haha
Kalau ke temerloh tarikan utama memang pekan sari temerloh , cuma yang sekarang agak pendek dari yang dulu-dulu (pendek pun masih panjang lagi) selain kuih 3 beradik tu, satu lagi kuih kole kacang, kira adik beradik tiri diorang la..
ReplyDeleteakhirnya smp jua ye hajat SK dgn ada jemputan rombongan merisik tu..dpt la jjcm juga kt temerloh...part iron tkde dlm bilik tu xbest juga nasibaik dh bw siap2 iron..
ReplyDelete