TELUR MASIN TAK MASIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT 


SEHARI sebelum pergi ke Temerloh minggu lepas, Sk periksa peti sejuk. Banyak tupperware dalam tu entah isi apa tah dah lupa. Sekali bukak, nahhhh Rokiahhhh.. jumpa Ayam Masak Kicap, Sotong Masak Kari dan Daging Masak Halia. Sk terus alihkan masuk ke bahagian freezer. Kalau dibiar mahu berkulat dan kena buang pulak. Sayang la, penat masak tu satu hal, bukan murah pulak harga bahan mentah sekarang.


Kelmarin, Sk cakap dengan PI, malam esok (malam tadi) makan nasi. Lepas tu baru teringat beras tinggal sikit, nak kena beli. Balik kerja semalam, singgah pasaraya Hosey, beras Carnation Gold yang biasa kami makan tu tak ada. Sk ambillah Beras Siam Thailand ni. Mahal RM1.50 aje dari CG. Yang tu RM23/5kg.


Angah bagi telur masin ni haaa. Dia hari tu pergi Taiping ada jemputan kahwin. Balik pengantin, mereka singgah ladang itik dan beli telur masin. Telur tu katanya kena tunggu 10 hari lagi baru masin dan boleh rebus tapi Angah kata, sebiji pecah jadinya dia terus rebus semua, hahaha. Telurnya macam dah masin-masin sikit la, tak masin macam telur masin yang biasa kita jumpa tu. Sk lagi suka kalau tak masin sangat.


Malam tadi cuma panaskan Sotong Masak Kari dan Ayam Masak Kicap aje. Ni bukan main tenggek-tenggek atas periuk nasi tapi Sk panaskan atas dapur, bagi dia betul-betul merenih.
 Sengaja masak nasi lebih sikit semalam, pagi tadi panaskan nasi dan tenggek sekali lauk Daging Masak Halia atas periuk nasi (kukus). Beras yang Sk beli semalam ni agak kembang tapi tak lembik. Nanti lain kali masak nak cuba kurangkan air pulak. Kotlah punca kembang tu sebab terlebih air, kan.. hihi.

Alhamdulillah, wassalam dah semua loklam (lauk semalam). Malam ni malas nak masak, nak ajak PI makan mee-mee aje, aci tak?

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Samalah, PH pun suka telur masin yg tak berapa masin.
    Lega noh jumpa lauk dah siap masak dlm peti harta karun tu 😂

    ReplyDelete
  2. Untung juga banyak khazanah lauk jumpa dalam peti ais. Panaskan je tak payah masak lauk baru. Saya pun suka jenis telur masin tak masin sangat. Masin sangat pun nanti tak boleh nak telan. Aduh, terhibur baca loklam tu. Ada je perkataan yang nak dishortkan. Tapi loklam ni baru dengar. hihi...

    ReplyDelete
  3. Sedap telur masin yang taik masin ni SK. Masa kami ke Bukit Tinggi ada orang jual telur masin dah siap rebus. Rupanya boleh makan gitu jew, tak masin walaupun namanya telur masin.

    ReplyDelete
  4. Cantik kejadian nasi guna beras tu. Aci jer, syok juga pekena mee. Saya pun suka telur masin yang tak berapa masin.

    ReplyDelete
  5. Saya kalau telur Masin, suka yg moist kuningnya, macam berpasir, dan rasa asin jangan strong sangat, baru sedaaap kan 😍😄

    ReplyDelete
  6. Suka telur kuning kalau telur masin ni. Putih tak suka sangat tapi makan je semua.

    ReplyDelete
  7. saya pun suka telur masih yang tak berapa masin ala-ala lemak gitu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!