Assalamualaikum WBT
SAMBUNGAN dari kisah Bercuti Ke Penang, baru-baru ini.
Walaupun duduk hotel tepi laut (Pantai), tapi tak ada langsung jejak ke pasir ya. Malas nak berpasir-pasir lagipun dah puas rasa tengok laut dari bilik aje. Lepas sarapan memang lepak kat bilik aje la, pukul 2 baru keluar cari makan. Sk dah cakap dengan PI, kita kena makan banyak tempat, tak nak ada alasan kenyang. Penat ni mengayuh sampai Penang nak JJCM.
Lokasi pertama, kami ke gerai Laksa Buyung Mahsuri yang terletak di Flat Bayan Baru, Bayan Lepas.
Gerai ni terletak di tepi rumah flat. Sk tak pasti nama tempat yang betul tapi kalau buka waze ada lokasinya. Yang meniaganya kakak-kakak tua sikit jer dari Sk kot, mungkin akhir 50-an atau awal 60-an.
Dekat sini ada jual laksa dan bihun sup sahaja. Boleh pilih nak yang biasa atau special.
Aaa.. ni rupa gerainya. Bersih aje dan depa buat meja dan bangku kekal dekat sini. Pandai-pandailah nak duduk ikut keselesaan.
Ada orang hantar kuih-muih dekat sini. Sk terus ambil dua batang pulut panggang ni, besar betul, sebatang RM2.
Laksa untuk PI dan Sk makan Bihun Sup. Lupa nak ambil gambar mangkuk berasingan. Daging untuk bihun sup tu dipotong nipis-nipis, tak keras la dagingnya tu cuma tak juicy walaupun berendam dalam sup.
Ada sambal kicap dan cabai (sambal) merah untuk dimakan dengan bihun sup. Sk tentulah pilih cabai merah. Pekat betul sambalnya, macam kering gitu, kena kacau rata-rata dengan sup, cairkan sambal tu. Sedap dan tak mengecewakan. Ada otak udang jugak tu nak letak dekat laksa.
Suka hati la nak letak cili banyak mana, ambil jer sendiri, hihihi.
Tu dia otak udang nak letak dalam laksa. Sk tak suka tambah otak udang dalam laksa, nanti rasa kuah yang ori tu lari.
Dari Bayan Lepas, kami ke Medan Selera Stadium Pulau Pinang, PI nak beli popiah basah. Selalu meniaga dekat bawah pokok guna motor tapi tak nampak bayang.
Oh, dah buka gerai rupanya kat tepi medan selera ni.
Kiosk Popiah Basah. Boleh pandu lalu. Kami bungkus makan kat medan selera.
Ternampak gerai apom manissss.
Kami duduk depan gerai ni, sebab nak makan apom lenggang.
Makan Popiah dulu.
Lepas tu makan apom pulak seorang sekeping. Sedap eh apom dia. Tapi tak boleh makan banyak la sebab ada satu tempat lagi nak pergi, hihi.
Tepi garing, tengahnya gebusss. Apom ni makan kosong macam tu jer.
Pesan teh o panas sorang secawan. Panas betul cuaca kat Penang tapi kalau minum air sejuk nanti makan haus. Faktor usia sebenarnya tu, betul tak? Hahaha.
Ikut plan asal, lepas check out esoknya baru pergi Pasar Chowrasta beli jeruk tapi kami terus pergi masa balik dari makan apom ni. Senang beli siap-siap, esok balik terus ikut jambatan kedua, tak payah masuk bandar lagi, kata PI.
Kali ni tak banyak beli, Sk beli 3 1/2 kilo jer jeruk campur, PI beli sekilo jeruk mangga. Kami suka beli jeruk macam ni dari yang dah siap pek tu. Tapi, ada kawan kirim jeruk madu Pak Ali, jadi kita belilah ikut yang dia kirim. Jeruk madu PA tu dia dah siap pek dan bagi Sk kurang rangup, sebab tu suka beli yang kat pasar ni. Kita nak beli, baru dia bungkuskan lepas tu boleh request yang mana nak lebih, yang mana nak kurang.
Bersambung...
Wahhh... Bestnya jalan-jalan... Makanan sana pun best dan murah-murah
ReplyDeleteapom tu, tepi2 garing memang sedap tu makan..
ReplyDeletesedapnyaaaa jerukkk..terliur SA...
ReplyDeleteBetul-betul JJCM ni SK, merasa macam-macam makanan. Jeruk tu menggoda sebab banyak pilihan. Yelah, jeruk kalau rangup barulah sedap.
ReplyDelete