Assalamualaikum WBT
SEJAK Iman balik untuk minggu ulangkaji ni, boleh dikatakan hampir setiap malam PI ada urusan. Ada bola, lah.. ada dinner lah, ada media night, lah. Iman pun mula la merungut, bila dia cuti, babah busy. Masalahnya, bila bapak dia free, dia pulak yang busy. Ada assignment, lah.. ada meeting kelab, lah.. jadi, siapa yang salah? Jawapannya, tak ada siapa yang salah pun, dah begitu aturannya. Yang free sepanjang masa, Sk jer laaa. Nak ke kiri boleh, nak ke kanan boleh, hehehe.

Hari ini, 20 Januari 2026 merupakan hari lahir Iman yang ke 25. Disebabkan malam tadi merupakan malam hari jadi Iman, tapi PI pulak ada Malam Media bersama Wakaf An Nur, supaya tak ada yang merajuk, kita bawalah dia makan tempat special sikit. Iman yang pilih tempat ni, tapi dah dalam perjalanan, dia kata nak Manzanita pulak. Sk dah banyak kali makan kat Manzanita tu, jadi, SK teruskan jugak nak ke The Early Bird ni. Tapi, masa dah sampai sini, Sk tanya, nak Manzanita ke?? Hahaha.. begitulah, tak ting tak tu, bak kata arwah ibu Sk.
Sanah helwah, anakku Nur Iman Fatiha binti Mohd Rizar.
Semoga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia oleh Allah swt, berjaya dalam kerjaya, hidup tenang, bahagia dan sejahtera di dunia dan di akhirat jua,
Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Jomlah kita belek menu di Restoran The Early Bird, ni. Staf akan beri kod QR untuk mengimbas menu. Panjang sungguh senarainya, antara yang menarik, Sk kongsikan la ya.
Selepas puas scroll atas bawah, inilah pilihan kami..
Sparkling Yuzu untuk Sk dan Caramel Latte (Cold) untuk Iman.
Sparkling Yuzu, RM17
Ia merupakan jus dari buah limau yuzu yang dicampur soda. Limau yuzu adalah limau yang berada dalam sub-keluarga limau Mandarin dan citrus ichangensis. Buah limau yuzu umumnya sedikit lebih kecil dari grapefruit dengan kulit yang kasar, serta warnanya hijau hingga kuning kejinggaan bergantung kepada tahap keranumannya. Dekat bawah tu kena godak betul-betullah, biar sebati. Teksturnya macam jem limau tu. Boleh tahan mahal jugak harganya sebab gelas dia pendek. Kalau gelas tinggi rasa berbaloi jugak. Kena minum sikit-sikit, la.. bak kata Iman, orang kaya sedut sikit-sikit air sambil borak-borak. Kalau dekat kedai mamak, kita pesan ais limau bolehlah sedut laju-laju, tak cukup tambah lagi satu, hahaha.
Caramel Latte, RM15
Caramel latte dia pekat rasa susu dan sedikit pahit kopi. Walaupun ia diletakkan ais, tapi pekat susu tu boleh rasa sehingga ke penghujungnya. Rasa caramel dia pun taklah begitu manis.
Iman cadangkan Sk ambil menu nasi tapi semalam Sk banyak urusan jadi makan tengahari pun dah agak lewat. Nak makan nasi tu rasa berat sangat, nak makan pasta pun rasa kenyang, jadi Sk pilih Lemongrass Chicken Chop, RM29. Sebenarnya Sk ni masih trauma lagi makan chicken chop tapi dah habis idea nak makan apa bila tengok harga, hahaha. Nak bayar mahal, biarlah berbaloi, kan.. dan yeahhh! Memang berbaloi la ambil menu ni sebab portion dia besar dan dihidangkan cantik macam tu, buat kita rasa dihargai. Nak makan pun sayang tapi kalau tak dimakan lagi sayang, hahaha.
Ada kelainan dalam menu chicken chop dia. Biasa chicken chop kan dihidang bersama salad atau fries atau kentang level, tapi yang ni dihidang bersama glass mee atau suhun basah. Perapan ayamnya pun sedap, sesuai digandingkan bersama suhun dan dicelup dalam sos cili hijau Thai yang pedas tu.
Iman makan Smoked Duck Carbonara, RM30. Tapi, itik dia tu macam slice aje Dan dipotong kecik-kecik pulak tu. Sos carbonara sedap tapi itik tu la.. tak puas makannya. Hidangan ini datang bersama seketul telur mata kobau!
Lupa nak ambil gambar pinggan Iman sahaja. Nasib ada gambar yang ni. Nampak pucat Smoked Duck Pasta dalam gambar tapi berseri la sebab ada taburan salad dan hiasan yang berwarna-warni menceriakan hidangan tersebut.
Restoran ni masih baru dan terletak di kawasan perniagaan baharu Eco Botanic. Puas restorannya sesuai kalau nak celebrate birthday bersama keluarga tercintah atau birthday sahabat-handai, hehe.
Strawberry Souffle, RM33.
Staf beritahu hidangan ini mengambil masa 20 minit jadi kami sambil makan dulu la hidangan utama. Patutlah ambil masa lama, bila ada pesanan, baru mereka pecahkan telur dan buat adunan souffle ni. Ini pertama kali la Sk makan souffle, Iman pulak pernah makan sebelum ni di mana tak tanya, tapi Iman kata, ni la yang sedap dia makan, yang dulu tu tak berapa. Bukan sahaja cantik dipandang ya souffle ni. Sebiji macam dalam gambar menu.
Strawberry dia besar dan manis, mungkin import dari Korea atau Jepun kot. Warna merah dia pun mengancam gitu.
Aiskrim dia pun kekal jer bentuk dia, tak mudah cair. Nak kata aircond kuat pun tak jugak. Kita makan pelan-pelanlah ya, hihihi.
Happy birthday Iman! Semoga menjadi anak yang solehah. Hari special kena la makan special kan. Nampak menyelerakan semua menu.
ReplyDeletehappy birthday Iman..makin cantik makin manis....semoga yang baik2 semuanya untuk Iman sayang
ReplyDeleteHB Iman... cantik la kak tengok menu yang ada bunca pink tu. Menu semua nampak sedap
ReplyDeleteNampak seronok makan di The Early Bird tu, suasana cozy dan menu pun nampak menarik. š„ Rasa macam tempat sesuai lepak santai sambil nikmati hidangan sedap.
ReplyDeletePibeday Iman... Tu inai beday ke kat tangan?
ReplyDelete