Assalamualaikum WBT
HARI minggu pertama di tahun 2026. Tengahari nanti, insyaAllah, Sk akan menghadiri jemputan walimah seorang sahabat alam maya yang dikenali sejak 17 tahun lepas. Tak sangka, dah 17 tahun kenal dari anak-anak beliau masih kecil dan sekarang yang sulung dah kahwin pun hari ni, Alhamdulillah, sampai dah jodohnya.
Okey, berbalik pada tajuk la ya. Dating dengan Iman pada bulan Oktober tahun 2025. Lambat masuk blog sebab gambar-gambar ni kat galeri handphone lama.
Sk dari pejabat, Iman dari kolej, jumpa terus di depan restoran, malas nak pi jemput menjemput.
Iman ajak makan di Sushi Mentai cawangan Taman Universiti. Masa ni PI tak ada, lupa pasal apa sama ada ada bola atau dinner. PI tak ada ni boleh la makan makanan dari negara matahari terbit.
Untuk special sushi ni kena buat pesanan lain.
Sk lapar nasi, dah order ni tapi tak ada, lalu Sk pilih la sushi yang lalu-lalang kat situ.
Antara yang menarik dan dicapai letak ke meja.
Rumah memang dekat dengan U tapi bercinta nak balik rumah sebab kena hadap jammed dari Taman Sri Pulai tu. Padahal kalau ikutkan dalam 15 minit tapi boleh pergi sampai 40 minit. Tu belum nak patah balik ke U lagi.
Takoyaki
Spider Chicken Floss Maki
Baca nama risau jugak kot ada spider dalam tu kan, hahah. Dah la ada perkataan maki kat situ.
Sedap la Spider Chicken Floss Maki ni.
Tadi staf kata Salmon Chazuke ni tak ada. Tiba-tiba ada. Salmon dia tu sedap betul cara dia panggang tu.
Ni pun sedap.. eh, semua sedap la.
Last.. makan edamame
Gedebak gedebuk, dekat 90 jugak, huhu.
Beli kopi pulak di Maco Cafe, depan Sushi Mentai.
Mille Crepe
Iman ambil latte, Sk ambil Hot Choc.
Habiskan cake cepat-cepat, dah maghrib. Minuman tak habis, sambung minum kat rumah.
Macam tu la sesekali dating ngan anak, kena la maknya keluar modal, huhu.
Huntungnyer anak tunggal
ReplyDeleteMakan modai untuk anaknda nanti dia dah kerja boleh pau semula. Hihi
ReplyDeleteCrepe tu nmpk sedap dah... ada yg gi cari jap lg ni hahah
ReplyDeleteUncle sengetkan kepala nak baca menu... sebab uncle baca blog ni dari laptop
ReplyDelete