MAKAN NASI GORENG STULANG CAWANGAN TAMAN DAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 


"SEMALAM makan nasi goreng, hari ni makan nasi goreng lagi," kata PI masa Sk goreng nasi untuk sarapan pagi tadi sambil gelak-gelak 

"Bercukurlahhh," Sk cakap, hahahaha.


Dah berapa kali hari minggu kami bersarapan di Restoran Thoufeeq tapi pagi ni tak rasa rajin nak keluar. Sk masak nasi goreng terlanjur ada nasi sejuk dalam esbox. PI semalam beli roti putih, jadi sarapan tadi ada nasi goreng, roti dan telur separuh masak. Sekarang ni kenyang menyandar, baru siap kemas dapur, rasa nak jadi tapak Sulaiman jer ni, hahahah.



Inilah dia, malam tadi pun kami makan nasi goreng juga tapi makan di kedai. Kami ke cawangan Restoran Nasi Goreng Stulang yang dibuka di Taman Daya. 


Dekat sini sistemnya layan diri. Di kaunter ni terus pilih seafood dan cara masakan serta terus buat bayaran.





Boleh whatsapp untuk tempah dan pesan makanan. Tapi bagi Sk, walk in pun okey jer sebab tak lama sangat pun menunggu makanan disediakan. Kalau datang dalam kumpulan yang ramai, bolehlah kot tempah meja siap-siap.


Senarai harga makanan dan minuman dipaparkan dengan jelas.



Lepas selesai buat pesanan dan bayaran, kita diberi nombor pesanan, ni letak atas meja, nanti ada staf hantar makanan kita.



Sk perasan mereka gunakan periuk atau kuali menggoreng sendiri ni, entahlah, tak tahu apa namanya yang tepat, hihi.


Tak nampak la apa dalam periuk tu, mungkin dorang goreng nasi dalam tu ke. Tapi ada satu ketika nampak mereka goreng nasi atas kuali leper tu. Oh, bagi yang tak tahu, Nasi Goreng Stulang ni famous sebab ia digoreng atas kuali leper yang biasa digunakan untuk memasak burger.


Sampai dah Nasi Goreng yang dibungkus dalam daun pisang.


Nasi goreng udang seekor. Sebungkus ni RM11.


Pesan ikan pari bakar sambal sekeping.


Nasi Goreng Stulang ni la pelopor Nasi Goreng Daun Pisang di Johor ni. Sk ingat dah lebih 30 tahun kot perniagaan mereka yang bermula di Stulang Laut. Tapi kalau ikut tekak Sk dan PI pun cakap, Nasi Goreng Seafood Daun Pisang Restoran Jasmin sedap lagi. Nanti lain kali nak pesan pulak la ikan bakar sambal Jasmin. Dulu kalau makan dekat Stulang tu kami makan dengan Ikan Bawal. Tapi tak tahulah ada lagi ke tak sekarang, tak terfikir pulak semalam nak tanya ada ikan bawal tak.






Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!