Assalamualaikum WBT
KEBELAKANGAN ini PI kerap ajak mengopi tapi sudahnya kami ke Restoran Thoufeeq saja. Selalunya tak jadi tu pasal Sk la yang tak nak. Sk ni kan tengah cut sugar, kalau mengopi, ke laut la perginya. Dahlah nanti bukan sekadar mengopi. Nak croissant la, nak kek la, terbeliak anak tekak tengok macam-macam dipamerkan dalam cake showcase chiller tu. Jadi, lebih selamat ke Thoufeeq Bistro saja la. Sk minum milo ais air kosong aje.
Hari tu, lepas
makan di Restoran Mi Empat Musim, layankan jugaklah PI ajak mengopi. Kami ke Restoran Riskofi yang terletak di Taman Suria. Tengok di kaunter ada sejambak bunga dan ucapan tahniah menandakan restoran ini baru dibuka.
Kami diberi menu dan catat sendiri pesanan pada order chit yang diberikan bersama. Tapinya, staf dia dok tunggu kat tepi meja, segan pulak Sk nak ambil gambar-gambar menu yang ditawarkan di Restoran Riskofi ni.
Restoran ni mempunyai dua lot. Amat besar dan selesa.
Masa kami datang ni, cuma kami jer pelanggan yang ada dalam kedai yang sebegitu besar. Tak lama, ada pelanggan lain yang datang. Sayang jugak jika kedai yang cantik macam ni tak ada orang, tentu besar modal yang telah dikeluarkan.
Selain mengopi, PI nak makan kek. Untuk kek ni ada kombo dengan latte tapi sayangnya pilihan flavour kek terhad.
Kalau datang tengahari ada Lunch Set.
Dalam pada segan dengan waiter yang berdiri menunggu untuk mengambil order chit tu, sempat jugak la Sk snap beberapa keping gambar menu, hehe.
Kek keju pilihan kami.
Set ni datang bersama secawan latte dengan art. Macam ni barulah puas hati membayar. Latte sampai lambat, kek pun dah tinggal separuh.
Okeylah walaupun art love sahaja.
Kita tukar jadi muka kucing, hahahha. Ni kalau barista nampak, Harap tak kecik hati ya.
Mintak air kosong segelas, lama jugak tunggu, rupanya bukan main iklhlas presentation walaupun sekadar air kosong. Tak caj pulak tu.
Pesan roti bakar jugak. Dia guna roti ni, perisa kopi ke, tak ingat pulak. Yang pastinya, sedappp.
Okey, siapa ajak dia yang bayar.
😆
kelakar la SK ni....boleh diubahnya art tu jadi muka kucing...SA ni dah naik pangka jadi akauntan..org tu ajak tetap la SA yang bayar sebab semua duit SA pegang...
ReplyDeletememang sgt2 mencabar utk cut sugar dgn pilihan menu kat msia ni...MZ selalu ke laut, jd on off bab2 cut sugar ni
ReplyDelete