MENGOPI DI RICHIAMO COFFEE

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

INILAH cafe yang Sk kata, baru dibuka dalam kawasan taman perumahan tempat tinggal Sk. Baru dibuka pada 15 November, malam tu Pak Inche bersungguh ajak mengopi tapi sebab malas nak bersiap, Sk ajak pergi keesokan harinya. Jangan kata mengopi, kita dinner saja terus di Richiamo Coffee tu. Iman kata, agak-agak tak ada menu yang babah berkenan, kita take away kopi, lepas tu pergi makan di Bismi.. hahahaha.


Memilih kedai lot tepi, tapi sayangnya suasana di dalam cafe agak sempit ditambah lagi setiap pesanan adalah secara layan diri. Di situlah pelanggan membuat pesanan dan di situ juga pelanggan mengambil pesanan yang sudah siap. Ditambah dengan meja pelanggan, nak kena mengelak-ngelak, maklumlah, badan tak berapa nak kecik, hihi. Jadi, bukan kedai yang salah ya, Sk, hahahah.


Sila patuhi SOP makan dalam restoran, pastikan lengkap dua dos suntikan vaksin, imbas my sejahtera dan periksa suhu badan sebelum masuk ke dalam cafe.


Iman dan Pak Inche membuat pesanan, lepas tu masa menunggu tu nampak, ada seorang customer pegang telefon kemahen nipis dan comel, rupanya alat pengesan suami pelanggan la. Okey, tak tahu la apa nama benda ni, nanti kalau pesanan tuan dah siap, dia keluarkan isyarat untuk ambil pesanan di kaunter. Teringat masa pertama kali makan di 4Fingers dulu, punyalah berdebar tunggu benda tu berbunyik.


Sebab di dalam agak sempit, dan Pak Inche tak tahan kena penghawa dingin yang menghala ke muka, kami duduk luar la. Macam privacy pulak duduk luar ni sebab semua orang duduk dalam. Hampir 40 minit tunggu, tak jugak berbunyi alat tu.. rosak ke apo???
Curious i tau 😂


Berbunyik aje benda tu, bergegas pergi ambil dengan Iman. Tapi, cuma makanan aje yang dah siap. Haa.. Richiamo Coffee tapi ada macam-macam makanan jugak tau. Sk pesan Iman, bonda nak Spaghetti Carbonara, rupanya dia pun pesan makanan yang sama. Eh, bukan dia pensuka Spaghetti Bolognese ke? Sejak bila berpaling arah ni?


Pinggan Iman, banyak betul daging dan mushroom.


Pinggan Sk. Eihhhhhh.. ini tidak adil! Terus minta daging ngan mushroom Iman sikit. Kalau ikut hati, nak aje mintak kat dapur terus! Macam mana dorang letak tak sama banyak dalam setiap pesanan yang sama ni ya. Tak aci betul.


Punyaaaaa la lama tunggu kopi, spaghetti pun dah sejuk dan Pak Inche pun dah habis makan.. hurmmm. Tapi, dimaafkan la sebab baru hari kedua buka, kan. Mungkin staf pun baru jugak tu.


Tengok coffee art tu sejukkkk la hati ni. Pilihan Sk, Hot Caramello Cappucino.. dah sedia manis la, tak perlu tambah gula dan kacau-kacau. Yang bes, dah nak habis pun masih ada coraknya tu. Sk memang suka minum kopi corak-corak ek. Konon nak jadi barista at home, macam-macam alat beli, tapi tak pernah jadi. Setakat Dalgona Coffee tak boleh nak berlagak sangat. Hahahaha.. hahahaha.

 


 

 

 















Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang nampak sedap la pasta tu...terus SA terliur ha...

    ReplyDelete
  2. pinggan tu besar ke? nampak isinya sikit..hehehe

    ReplyDelete
  3. Agaknya dia masak sekali kot SK, then ceduk utk 2 pinggan hihi...

    ReplyDelete
  4. HAHAHHA. Tak sama plak isi kat dalam spaghetti ek!
    Kena bagi feedback bior dorang leh perbaiki gitu....

    ReplyDelete
  5. Hahahaaa... memang tak adil tu... masak satu kuali kot, pinggan lain-lain ada yang terkurang ada yang terlebih.

    ReplyDelete
  6. sedap kan sk salted egg yolk croissant tu...teringat2

    ReplyDelete
  7. lamanya tunggu..kalut kot..baru bukak kan

    ReplyDelete
  8. Water colour dia habis kot nak lukis corak kat kopi tu..hahaha
    Tapi saya suka la tengok kopi macam tu..sayang nak mimum

    ReplyDelete
  9. sayang pulak kan nak minum..ari tu pegi dekat bukit dahlia dia tak pandai buat corak..xtau jadi corak apa..Eh geram! kemain banyak dah ek cawangan dia sekarang ni

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!