MASAK-MASAK PKPB 2.0 HARI KEDUA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum...


ENTAH di mana dapat kekuatan memasak sebanyak ini semalam...

Sebelum tengahari Sk telah mengingatkan Pak Inche supaya makan nasi pada tengahari semalam kerana SK tidak akan memasak nasi dan lauk pauk untuk makan malam. Sebenarnya, semasa BDR kelmarin, Sk perasan ada beberapa keping daging steak dalam peti sejuk. Steak adalah makanan kegemaran Pak Inche jadi Sk berfikir alangkah baiknya jika ia digabungkan dengan makanan kegemaran Sk dan Iman sebagai juadah makan malam kami semalam.

Kalau selalu, Sk akan menyiapkan hidangan western secara ala carte, tapi sekarang Sk lebih suka buat ala buffet. Jadi, ikut suka hati nak ambil berapa banyak hidangan untuk dimasukkan ke dalam pinggan.


Rupanya, yang Sk sangkakan steak tu ialah kepingan daging kambing untuk dimasak Lamb Chop. Jadi, Sk perapkan saja dengan daun-daun rosemarry, oregano dan pelbagai herba kering dalam botol. Terbanyak pulak buat sos lada hitam untuk dikawankan dengan lamb chop, huhuhu.. kita simpan la dalam peti sejuk, lain kali takyah buat lagi.


Pinggan Sk.. Tomato dua belah, coleslaw dari campuran sayuran yang dibeli siap, cuma rebus seketika dan gaulkan dengan mayonis serta wedges sejuk beku yang digoreng hingga garing, sedap sebab garing di luar dan empuk di dalam. Berlari kucing-kucing apabila minyak mendesir di kuali semasa Sk menggoreng wedges ni, hehehe.


Iman memilih untuk meletakkan semua pasta dan lamb chop dalam pinggan sekaligus seperti konsep kebanyakan kafe western sekarang. Iman memang sukalah kalau Sk masak macam ni, kalau lauk-lauk dia cuma sukakan asam pedas dan kari sahaja, kalau sambal-sambal tu memang agak kurang di makan. Yang pelik, walaupun makan tak banyak, tapi boleh tahan membesar sepanjang PKP - PKPB - PKPP ni. Dah bersambung ke PKPB 2.0 ni tak tahulah berapa besar lagi mahu pigi. Apapun  syukur, di sebalik ujian yang melanda, Iman ada depan mata. 

Semoga covid 19 cepat berakhir dan ditemui penawarnya, Amiiiinnn.




Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. stay home je
    . kita jaga kita
    . aminn

    ReplyDelete
  2. Hahahaha bagus hidang versi buffet, sama le kat rumah ni, datang malasnya, amik le ko kat kuali sendiri hahahaha.. tak kowseer nak hidang...

    ReplyDelete
  3. sedapnya kambing.. .tgk gambar tu rasa dah dekat tekak.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tiada JJCM dalam PKPB pun berbaloi kalau masak macam ni.. Sedap tu

    ReplyDelete
  5. Allahhhh temptingnyaaa tengokkkk semua makanan nih.

    ReplyDelete
  6. Sos lada hitam tu...adeeehhh! Sedap betul. Kadang-kadang macam leceh juga nak buat sedikit, baik buat lebih, boleh simpan utk kegunaan masa yang lain.

    ReplyDelete
  7. Saya kalau kambing tak pandai la buat bakar2 ni. Macam kurang sedap.kalau orang masak kan sedap pulak. Masak sendiri mesti rasa macam kurang sedap je. hahah

    ReplyDelete
  8. SA yang x makan banyak ni pun naik berat badan 4kg SK oiiii....sedih..nak nangis pun airmata x keluar..

    ReplyDelete

  9. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!