Assalamualaikum...
DAH rindu nau nau dengan Restoran Senoko, semalam, Pak Inche kata, tak payah masak. Ingatkan dia nak tapau makanan pasar malam macam hari isnin, rupanya dia nak makan di Senoko, restoran masakan Thai yang menjadi kegemaran kami sekeluarga.
Kali ini, ubah selera sikit, ambil Ikan Pari Bakar Sambal. Walaupun sambalnya tak boleh lawan kesedapan sambal ikan bakar di
Tip Top Ikan Bakar atau
Tip Top BBQ, tapi boleh tahan sedaplah, tidaklah mengecewakan.
Dua beranak tu suka nau nau Kerabu Sotong di Senoko ni lepas pertama kali
MASA NI. Kali ni, Sk tak berapa makan kerabu ni cuma tolong habiskan kepala sotong aje.
Telur dadar wajib ambil. Kali ni ada potongan bawang dan cili dalam telur dadar macam kita goreng sendiri di rumah.
Pak Inche pesan Sup Ekor, minta buat pedas-pedas sikit. Nahhhhhhh.. penuh dengan potongan cili padi tapi cili padinya tak berapa pedas. Tak berapa pun sakit dada jugaklah kalau makan banyak, tahan ajelah, suka sangat makan pedas, kan.
Sup ekornya sedap gilerrrr aaa semalam cuma ekornya kurang empuk dan tak lerai dari tulang. Kalau lebih empuk tentu lagi umph.
Telur Bistik, pun Pak Inche la yang memesannya. Sampai Sk angkat tangan, cukup.. cukup.. nanti maknya jugak kena menghabiskan. Sedap telur bistik ni, nanti nak belajar la masak sendiri, hurmmm.. macam tak percaya aje, hahaha.
Tomyam Seafood, selalu cuma ada dua ekor jer udangnya, kali ni dia letak tiga ekor. Manalah tak makin sayang dengan senoko ni kan.
Baby Kailan Goreng Sos Tiram. Pak Inche memang wajib ada sayur walaupun dia makan sikit aje sayurnya, hoho.
Lambat sampai Sotong Tepung ni. Semua sedap masakannya malam tadi kecuali Sotong Tepung ni. Tepungnya agak keras sikit dan rasa sedikit tawar. Sekarang kalau ke Senoko, asyik penuh aje tapi taklah lama sangat menunggu meja semalam. Masa kami sampai, Abang Senoko tu terus tengokkan meja kosong, dia kata, tak ada meja, tunggu ya. Lepas tu, ada sepasang suami isteri dan dua anak perempuan pulak sampai, dia cakap lagi, tak ada meja. Sana ada meja, sambil tunjuk kedai sebelah. Bagus abang ni, tak tamak. Tapi pasangan tu tetap sabar tunggu, tak lama pun, sebab kemudiannya ada dua meja kosong serentak.
Apapun, memang terbaik laaa masakan di Senoko semalam, sepanjang perjalanan tak habis-habis memasing memuji. Cuma sotong tepung jer la.. hehehehe.
Restoran Senoko Seafood
Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor
Tel : 016-667 0815
Buka pada 4 pm setiap hari
Burpppp... Alhamdulillah.
Saya pulak macam dah melekat nama Senoko dalam kepala🤣
ReplyDeleteApa maksud Senoko tu?
Macam bunyi Jepun tapi masakannya Thailand.Ngeri tengok taburan cili padi atas sup ekor tuðŸ¤
Banyaknya menu dia... menarik!
ReplyDeleteAlaaa....banyaknya menu dia order...terliur kita tengok tau...
ReplyDelete