Assalamualaikum wbt
DEKAT kawasan rumah Sk ni, dari nak masuk taman, keluar taman, banyak betul orang jual durian. Durian mana, Sk kurang pasti tapi macam durian tempatan, la. Tu yang pening, Pak Inche sibuk ajak ke Pontian padahal dekat rumah melambak. Dia kata, saja nak jalan-jalan. Sk tak bagi beli dulu, suruh makan dulu durian yang Angah bagi.
Balik dari NSK tu, singgah kedai runcit, beli kelapa parut. Pak Inche tak nak guna santan kotak, tak sedap katanya. Jadi, dengan segala kudrat yang tinggal, kita perahlah santan, hahahahah.
Wow. Saya tak reti makan nasi lauk durian, SK. Kalau pulut, ye. :D
ReplyDeleteSampai 3 pinggan makan, sedap bebenor ler tu.
Kita pernah makan nasi dengan durian. Nasi panas, campak seulas durian, eh sedap pulak! Tambah lagi dua tiga ulas!
ReplyDeletePH tak pernah makan nasi dengan durian tapi selalu makan pulut durian, letak santan pekat. Fuhh... nikmat!
ReplyDeleteIlmu baharu ni.. mesti dicuba. Sebab selalu kawankan dengan pulut. Nak cubalah.
ReplyDeletepernah makan masa kecik tapi cuma durian & gula je. sedap sangat2. dah besar ni tak pernah dah makan. arwah ayah la dulu2 ajar masa kecik makan nasi durian.
ReplyDeleteSaya kurang bernasib baik musim durian kali ni..Masa balik Kedah beli RM100++ tawau habiau..sebiji saja elok manis.Beberapa hari lepas,anak bujang beli RM50 nak jamu mak dia sempena hari bapa🤣🤣pun kena yang tawar..sekarang saya dah tawar hati🤭
ReplyDelete