Assalamualaikum wbt
BALIK dari Pengantin Di Rimbunan, Pak Inche ajak carik durian kat Pontian tapi permohonan tak diluluskan😜. Durian memang wangi tapi kami nak carik benda lain yang lebih wangi, la. Kami ke Midvalley Southkey sebab Bath & Body Works ada buat sales, produk terpilih RM35 sahaja. Kami ke Midvalley sebab ia yang paling dekat dengan Rimbunan Event Space. Tak terfikir pulak nak ke cawangannya di JBCC Komtar yang lebih aman.
Dia punya beratur, melengkau-lengkau. Memang selepas fasa peralihan endemik ni, dah tak ada penjarakan sosial ke ek? Dengan SK dan Iman pun sekali terpaksa beratur rapat.
Licin terus wehhhh rak ni. Banyak yang habis laaa.. Body Cream ada Shower Gel tak ada. Shower Gel ada, Body Mist tak ado. Susah nak jumpa yang lengkap. Bau Dahlia kesukaan SK tu, sampai sekarang ya, tak keluar-keluar semula Body Scrub dia.
Dah jumpa yang berkenan, jomlah kita masuk barisan. Lama dah BBW tak buat sale RM35, kan. Memang penuh kedai, mujurlah dah tak ada limit pelanggan macam semasa PKP dan PKPB.
Alahai kasihan Pak Inches kena belanja BBW.
ReplyDeleteHa ada baca ada tawaran murah BBW.
Saya lebih tertarik dengan menu yang PI makan daripada nak beratur masuk BBW🤣
ReplyDeleteingtkan rak tu untuk dijual rupanya rak display yg dh licin... hehehe... skrg musim durian kn kt sana... kita kt sini tengokkkkk je kwn² kt melaya pos gambar durian
ReplyDeletekita pon x larat laaa kak nak beratur...maka beli ngan PS kat telegram je...
ReplyDeleteSA kalau bab beratur ni memang x dapek la nak menolong...sudahnya tunggu dah lega baru pi...kalau x...memang letih la...biasa kalau BBW ni buat sales RM35, ramai la kaum kerabat duk kirim mengirim...lagi satu kalau Victoria Secret tu...jenuh..
ReplyDelete