Assalamualaikum wbt
KALAU diikutkan geram, lepas makan di Nasi Bamboo Sungai Klah, rasa macam nak patah balik ke KL. Nak bercuti di KL aje. Boleh jugak pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL) yang sedang berlangsung. Tapi, tu lah, kan. Takkan nak patah balik pulak, kena jugaklah gagahkan diri meredah lebuhraya. Nak ikut jalan kampung pun jammed juga terutama bila kita melalui pekan-pekan yang ada persimpangan lampu isyarat.
Dari Sungkai, kami ikut jalan lama. Perjalanan agak lancar sehingga menghampiri pekan Bidor, dah mula mengesot. Ada yang dah mula memulas perut gara-gara terlebih makan dan pundi kencing pun dah meminta agar dikosongkan, hihi. Iman memberi idea untuk singgah hotel yang biasa kami transit di Bidor. Staf hotel pun dah kenal muka kami-kami ni yang tiap bulan agaknya singgah setiap kali ke utara, hahaha.
Perjalanan ke Penang diisi dengan kebosanan dan kemarahan, hahaha. Nak marah siapa pun, tak tahulah. Nak marah pada budak sekolah yang cuti sekolah? Atau nak marah diri sendiri yang jalan-jalan masa budak tengah cuti sekolah?? Hahahaha. Mujurlah perut masing-masing dah kenyang. Sekali-sekala Sk melayan mata apabila Pak Inche mengemudi pelayaran. Haaa.. dia pun tak menahan tu, maklumlah, dah remaja purbakala. Bukan macam dulu-dulu, mampu memandu tanpa transit di mana-mana. Paling teruk pun, tidur setengah jam di kawasan Rehat dan Rawat.
Selepas check-in di hotel penginapan yang telah ditempah awal-awal oleh Pak Inche dan segar diri, barulah kami keluar makan. Ada plan A, B dan C, hahaha. Maklumlah, malam pun bukan muda lagi. Sejak lepas PKP ni, banyak waktu operasi perniagaan telah berubah. Plan A, kami akan ke Padang Brown. Jika Padang Brown tutup, kami akan ke Nasi Kandar Beratur. Jika orang beratur panjang, kami akan ke Sup Hameed, hahaha.
Wah, syoknya, jalan-jalan cari makan. :)
ReplyDeleteHahaha....laki sapa ter sampai hirup mangkuk tu🤭
ReplyDeleteNampak menyelerakan sungguh mee sotong tu..sotong bakar @ utara selalu memang sotong kering dimesin macam mesin getah keping dulu2 tu😁