Assalamualaikum wbt
SEKARANG ni, kalau keluar ke Shopping Mall, susah betul nak cari parking ya. Kadang sampai berpusing jauh, baru jumpa tempat kosong, itupun nasiblah kalau kebetulan masa lalu tu, ada kereta baru nak keluar kotak. Nasib tak baik, dah ada kereta yang bagi isyarat nak masuk, hurmmm.. terpaksa pusing lagi cari parking kosong. Nasib baik kalau ada Iman, dia terror bab carik parking ni. Dari jauh dia dah jerit-jerit bagitahu, depan ada kosong 😎
Cari parking dah satu hal, nak makan pun satu hal. Semua kena beratur dan tunggu. Bukan pendek-pendek punya berbaris, dan ada yang staf restoran awal-awal dah beritahu, makanan akan lambat siap sebab orang terlampau ramai. Lepas peralihan fasa endemik ni, ramai yang dah keluar bawa anak-anak yang lama terkurung. Singaporean pun dah boleh masuk Johor (Malaysia), kan. Macam Sk cakap sebelum ni, memula sebak la bila sempadan dah buka, lepas tu kami yang sebak hadap jem pada hujung minggu, hahaha.
Satu hari di hari
raya sabtu, kami tiga beranak ke Aeon Mall Tebrau. Biasa, kan hari sabtu memang hari meronggeng tiga beranak. Hari tu, kononnya nak makan di Rusim Kitchen., tu yang ke Aeon Mall Tebrau. Tapi, bila belek-belek buku menu depan restoran tu, tak berkenan sangat dengan menu yang ditawarkan. Teringatlah hari tu macam
sedap aje makan di Black Canyon. Tapi, penuh dan ramai jugak sedang menunggu giliran nak masuk. Iman cadangkan kami ke Johnny's Restaurant, adik-beradik BC jugakkan. Padahal konon
hari tu kata, serik dah makan kat JR, hahaha. Dah laparrrr.. tawakal ajelah.
Tiga-tiga orang nak makan nasi goreng jer. Iman pilihkan menu set dengan tomyam soup dan minuman. Dua pinggan nasi goreng ni, namanya, Hot & Spicy Fried Rice, Pak Inche dan Iman punya. Ni memang menu sain darahlah setiap kali Iman ke JR, hahaha.
Sk nak makan Nasi Goreng Belacan. Biasanya kalau ke JR ni, Sk makan Kueyteow ala Boat Noodle tu, kan. Ni pertama kali pesan NG Belacan. Oh, rupanya, memang macam ni la rupa NG Belacan, sama sebijik macam NG Belacan yang Sk makan di
Restoran Mat Kilau, Kuantan. Dahhh, takkan nak letak belacan seketul pulak atas nasi tu, baru rupa NG Belacan, SK oi??! Takkkk.. Sk bukanlah bayangkan NG Belacan tu ada seketul belacan atas dia.. korang ni punnnn, hahahaa. Jadi, bagaimanakah harus rupanya NG Belacan itu???
Tukang masak kerjanya enteng
Bangun pagi masak nasi goreng
Campur cili campur udang kering
Bila makan mata naik juling
Memang lazat memang sedap
Kurang masin boleh tambah kicap
Nasi goreng sudahlah terpuji
Seantero dunia seluruh negeri
Hoi nasi
Hoi nasi
Hoi nasi
Hoi number one
Berapa kali panggil mintak tomyam ni, dah luak separuh pinggan nasi, baru sampai tomyamnya. Tapi, kami taklah marah, kami cakap baik-baik jer. Dik.. tomyam belum sampai. Dik, tomyam belum sampai. Dikkkkkkkkkk... tomyam kami mana??? Hahahaha. Tomyam cendawan kot ni, dia letak cendawan yang kecik-kecik tu, cendawan enoki kot namanya. Kesian ya tengok staf-staf yang kerja di mana-mana restoran sekarang, kerja teruk sampai kurus kaki masing-masing. Nak jalan pun macam tahap heret kaki pun ado. Baru-baru ni, Sk pandu lalu di sebuah restoran makanan segera ni (bukan McD). Lama giler beratur, pada mulanya Sk agak, masalah sistem, sebab restoran tu baru buka cawangan baharu kat situ. Tapi bila dah sampai kat tingkap nak ambil makanan tu, baru nampak, cuma ada tiga staf sahaja bertugas siapkan makanan dan salah seorang tu juga yang ambil pesanan dan bayaran. Masa tu minggu pertama atau kedua raya tak silap. Aduhhh, kesian giler menengoknya macam lipas kudung bekerja.
Pesan kerabu mangga jugak, itupun lepas makanan dah habis tau, baru sampai. Tapi, kenapa tah, macam tak ada hati nak marah pun sebab nampak staf mereka terlalu banyak kerja. Sk tak tahulah berapa gaji mereka ni, tapi katalah gaji mereka ikut pada pokok dan kerja lebih masa sahaja, memang kesian la. Kiranya, kalau orang ramai (duit masyukkkk) pun, gaji mereka pun sama aje. Patutnya, restoran-restoran ni, kalau weekend tu orang ramai, kenalah bayar extra pada staf. Hurmm.. tapi tak tahulah, kan.. mungkin weekdays, kerja mereka kurang sikit dan dapat kerja lebih tenang.. hihi.
Kerabu mangga sedap dan paling best banyak kacang. Kami pulak memang kacang hantu kacang. Eh, bagus jugaklah makanan lambat. Boleh makan rilek-rilek. Agaknya tak lapar sangat kot hari tu, kalau lapar.. mungkin jadi cerita lain pulak, hahahaha.
Fav Dania ni nasi goreng belacan...lagi satu nasi goreng ikan masin...
ReplyDeleteYe, memang ramai orang sekarang. Foodpanda pun sama, order selalu kena cancel, sebab restoran tak dapat nak penuhi order.
ReplyDeleteSedap, nasi goreng. :)