ROSE PISTACHIO CAKE MANEH BY MOMO

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum wbt

SEPERTI yang pernah Sk ceritakan sebelum-sebelum ini, di kawasan taman perumahan Sk ada banyak kafe baru yang dibuka. Dari makanan lokal sehinggalah western. Kedai kopi dan kek juga ada, kini tak susahlah nak menggodeh sendiri bahan-bahan kalau tiba-tiba rasa nak makan kek. Cuma kalau nak cari kek sebiji untuk hari jadi tu, saat akhir mungkin susah nak dapat.

Teruja bila sebuah lagi kafe baru dibuka di sini. Dua kali teruja apabila di sebelahnya kedai kopi. Jadi, kita ke kafe dulu la. Maneh By Momo, nama kafenya. Sebenarnya, masa hari jadi Zulaikha hari tu, Sk ke sini. Cadangnya nak beli kek sebiji, tapi tak ada kecuali kek potong. Merealisasikan anak tekak yang dah terpesona dengan kecomelan kafe ini, Sk ke sini semalam dengan siapa lagi, kalau bukan dengan puteri nan sekuntum.



Semaneh namanya, masuk sahaja kafe, rasa sweet sangat. Dari warna dinding, hiasan, penataan cahaya, malah perkakas dan hiasan yang digunakan terlalu kiut miut. Bila masuk jer dalam kafe ni, terasa berada di alam lain, hahaha. Sungguh instragammable la tempatnya ni.


Kami berkongsi sepotong kek, jadi Iman kata, bonda pilihlah kek apa yang bonda nak. Rambang mata nak pilih oi. Kek pulak bukan biashe-biashe. Tapi, tak perlu berfikir lama apabila Sk terpandang Rose Pistachio Cake yang dah lama Sk nak makan. Dulu, ada seorang adik bakers pernah beri kek ni pada Sk, tapi tahun lepas Sk nak tempah, dia tak sempat nak buat sebab masa tu ayah mertuanya sedang sakit.


Selain kek potong, ada juga kek cawan. Omputeh panggil Cupcakes, haha. Teringat zaman kegemilangan kerajinan buat kek dulu. Sekarang? Lemahhhh 🤭



Tengah nak buat bayaran, ternampak pulak Tomyam Berapi Quiche. Terus minta sebijik. Rose Pistachio Cake tu, MashaAllah.. betul-betul sedap di tekak Sk ni. Keknya lembab dan tidak berderai walaupun ada kekacang. Di lapisan krim kek tu, dilepa juga dengan jem, jadi tak cepat muak semasa menikmatinya. Sebenarnya sebelum tu, berangan nak makan Carrot Cake tapi dah ternampak pulak dia kan. Nanti lain kali (ada hati nak pergi lagi), kita terai Carrot Cake la.. mesti sedap juga dengan frosting keju tu.


Tomyam Quiche tu sedap tapi sayangnya dia gunakan sweet crust. Agaknya, malas kot nak sediakan crust lain, jadi kurang rasa savoury. Berapi pun tak sangat la, siapa kurang makan pedas, boleh jer makan. Dan mungkin lebih baik jika ianya dipanaskan sekejap sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Tapi, ia tidaklah terlalu mengecewakan.



Dalam pada bagi bonda yang pilih flavour kek, kemahenlah tuan puteri ni pesan Biscoff Cheese Cake Frape. RPC tu, dia makan sikit aje sebab tak suka ada rasa kekacang tu. Padahal tu la yang sedap. Tak apa, bonda suka jer, hahaha.


Hanya minuman sejuk dan frape sahaja yang ditawarkan di kafe ini. Tapi, jangan susah, bagi penggemar minuman panas macam remaja purba dalam gambar ni, bolehlah pesan Kopi O, Nes O atau Teh O. Eh, minuman bersusu pun ada rasanya tu.


Duduk dalam kafe ni, Iman kata, feeling dia macam kat Korea. Suka sangat konsep yang ditampilkan di sini. Rasa sweet jer tengok piringnya, cawannya, sudu garfunya. Rasa macam tiap-tiap petang nak lepak sini.. hahahaha. Cuma, staf dia macam masih pemalu lagi la.. kurang friendly macam staf Butterbeans yang ramah dan lebih cargas!

Tapi tu laaa.. nama Maneh tu.. macam loghat Kedah pulak, kan. Tak tanya pulak, pemilik kafe ni asal mana. Nanti lain kali datang, Sk tanya na...

Maneh By Momo

No 34, Jalan Pulai Makmur 5/1,
Taman Pulai Makmur
Bandar Baru Kangkar Pulai
81110 Johor Bahru, Johor




Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya minum ptg kat sini ala2 Inggeris gitew!

    ReplyDelete
  2. So sweet...dekorasi, plating semua nampak sweet. Seronok ni kalau dapat lepak cafe cantik macam ni.

    ReplyDelete
  3. Ye laaa...cantik dan comel cafenya..sesuai nama dia yg maneh...kombinasi warna pun cantik...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya Maneh by Momo. Tengok saja mata terus segar. Itu belum lagi merasa segala dessert yang ada.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!