Assalamualaikum wbt
BELUM habis lagi cerita Bercuti ke Pulau Pinang masa Cuti Umum Hari Keputeraan Rasmi YDP Agong, Isnin lepas. Walaupun cuti dalam negeri aje, tapi, memang berbaloi-baloilah penatnya. Sebenarnya, bercuti ni seronok, yang tak seronoknya nak menempuh perjalanan menuju ke tempat percutian tu. Kan bagus kalau ada ilmu hikmat, sebut aje nak pergi mana, tutup mata. Buka mata, terus sampai, hihi.
Selepas check out, kami ke Pasar Chowrasta. Tujuannya nak beli jeruk. Kali ni dah ingatkan Pak Inche, tak mahu jalan kaki dari hotel. Sebab tu, kami cuma ke sini, lepas check out. Kami letak kereta di parkir berhampiran dan kemudian berjalan kaki ikut jalan pintas. Pintas punya pintas, bolehlah pulak terlalu depan kedai menjual daging khinzir. Sabar ajelahhhhh.
Betul tu SK. Nak jalan memang seronok, tapi masalah perjalanan jauh itu yang sangat tak seronok. Itulah, kami jalan-jalan cari penat... habis begitu saja 1 hari perjalanan pergi dan 1 hari perjalanan balik.
ReplyDeleteJem kali ni memang lain macam kan...Raya hari tu pun tak seteruk tu..
ReplyDeleteTapi tu la...pernah juga beberapa kali balik masa PKP...hiway memang kosong jalan clear..Tapi sesungguhnya bagi saya..lebih nikmat menemouh jem daripada jalan kosong..terasa sayu dan takut
Tudia..dia punya food hunting memacam erk..nasib la SA ni tengah tak sihat dan x sedap tekak..kalau tak maunya terliur gak ni
ReplyDelete