Assalamualaikum wbt
KELUAR rumah pagi tadi ketika hujan membasahi bumi. Basah sikitlah tudung masa buka pagar sebab malas nak buka payung. Tak ada modal nak pasang awning sampai depan jalan macam rumah orang lain. Bak kata Pak Inche, bukannya kita nak tidur kat luar 😆. Jadi, setiap kali hujan dan kebasahan nak buka tutup pintu pagar, terfikir jugak bagus kalau pasang bumbung sampai depan jalan macam rumah jiran.
Tengah buang gambar-gambar dalam telefon, baru perasan lupa nak masukkan entri singgah makan di Tanjung Malim semasa dalam perjalanan pulang ke Johor dari Kedah, raya lepas.
Garden Seafood Tanjung Malim ni ada Sijil Halal Jakim. Kalau lihat pada entri yang lepas, beberapa kali jugak kami singgah makan di sini. Kedudukannya juga taklah jauh dari plaza tol, jadi, kalau makan di sini, tak membuang masa la gitu dan lebih selesa berbanding singgah di R&R.
Chicken Lemon kegemaran Iman.
Baby Kailan yang memang baby beno ni.
Sotong Telur Masin.
Beancurd.
Rasanya pertama kali kami pesan Ikan Siakap Stim Nyonya ni. Yang ni sedap sangat. Yang lain-lain tu, biasa aje la macam Seafood Restuarant lain.
Cakue Mayonis tak boleh lawan Cakue Mayonis kat Yeo Seafood Restaurant Gelang Patah.
Dah habis makan, baru pesan Nescafe O Panas. Kalau pesan awal-awal, nanti habis makan, dah sejuk. Hurmmm.. terserlah purbanya, bila dah suka minum kopi o panas lepas makan, hahahaha.
tempat situ femes kat tanjung malim kan... aritu x sempat nak masuk, next time bole try juga la
ReplyDeleteTak pernah makan situ, walaupun orang Perak. :)
ReplyDeleteNescafe o panas nampak sedap. Gelas klasik pulak tu.
Memang ramai review tempat ni..SA blom pernah sampai lagi..macam menarik je
ReplyDeleteNampak sedap-sedap belaka..
ReplyDeleteKalau sebut Tanjung Malim terbayang Pau Yik Mun jaðŸ¤( tapi tak pernah makan pun)Kalau pi Tanjung Malim biasanya kami hanya singgah Kedai Kek Kia Abdul..Sebab Cella suka sangat beli kek kat situ.besar-besar slice kek dia
Ooo..boleh dicuba nihh.. selalu pegi Tanjung Malim tak taw kedai makan yg best. Selalu mkn kat rumah makan ape namanya tu, lupe dah 🤣.
ReplyDelete