Assalamualaikum wbt
SEMALAM, sebaik sahaja buka pintu rumah untuk ke pejabat, terkejut Sk bila seekor anak kucing sednag terjerit-jerit depan pintu. Suaranya taklah kuat sangat, tapi menganga bukan main besar lagi mulutnya. Aduh, mana pulak datang dak kecik ni. Tengok pada saiznya, belum habis menyusu lagi, macam belum dua bulan pun. Macam manalah dia boleh sampai depan pintu rumah Sk ni, hurmmm.
Masa Sk nak hidupkan enjin kereta, dia datang ke pintu kereta pulak. Sk angkat letak atas kabinet kasut sebab takut terlanggar. Terjerit-jerit lagi. Lapar agaknya, tapi nak bagi makan apa. Dalam rumah, semuanya kibbles untuk kucing dewasa, bolehkah dia kunyah? Sk terus jinjing bawa masuk rumah semula, masukkan dalam Banglo Tiga Tingkat yang Sk dah pindahkan ke bahagian yard. Kemudian, ambil mangkuk kecik, letak makanan dan tuang air sikit biar lembik, letak dalam sangkar tu, kemudian tinggalkan pergi kerja. Pandai-pandailah ko nak hidup, kenit.
Pandai pulak dia panjat masuk dalam buai tu. Suruh Iman masukkan bekas pasir baru dalam sangkar. Iman tambah makanan dan air. Petang tu, diajak Pak Inche beli susu khas untuk kucing. Takkanlah nak bagi susu cap junjung pulak.
fuyo siap ada katil buai2 lagi ar hehehe... curlasss tau :p
ReplyDeleteyang datang kat rumah ni tak pernah pun yang omey omey mcm ni...semua dah tua bangka..kekurapan... dan kaki kencing
ReplyDeleteSelamat datang ke keluarga baharu obot. Semoga sihat sentiasa. Jodoh dapat ibu ayah dan kakak yang sangat baik hati
ReplyDeleteAlolo comelnya! Cepat dia sesuaikan diri 👍 Awal-awal je kot abg/Kakak kawasan tu merajuk :)
ReplyDeleteHehe.. comelnya! Harap budak-budak bulus yang lain boleh terima adik baru. :)
ReplyDeleteAnak suka kucing tapi kita pulak tak suka membela. huhuhuhu
ReplyDelete