Assalamualaikum wbt
BILA pelajar bercuti, kantin Kak Sab tak beroperasi seperti biasa. Masih lagi beroperasi tapi hanya untuk tempahan katering. Kalau ada rezeki, dapatlah tumpang sebekas. Kalau tak ada rezeki, melopong aje laaa. Terpaksalah cari makan tengahari di luar. Macam semalam, kononnya nak beli Nasi Ambeng Mak Ana, tapi, bila dah sampai, tutup pulak warungnya. Jenuhhhh! Jadi, pagi ni, merajinkan dirilah, masak nasi, hehehehe.
Ibu bagi Asam Pedas Ikan Terubok, yang dia masak hari Khamis lepas, masa
Hari Jadi Angah. Iman dan Pak Inche, manalah makan ikan terubok, jadi, memang tak bersentuh la. Nak makan hari Jumaat pun, dah keluar tengok
Mat Kilau dan hantar
Asham dan Bubu Kembiri, memang makan di luar ajelah. Hari Sabtu, pergi
PENGANTIN. Hari ahad, masak
Ketam Masak Sambal. Semalam, Pak Inchenya ada
Press Conference di Stadium Sultan Ibrahim dan kami dua beranak tak makan malam semalam. Jadi, pagi ni,sambil masak nasi tu, Sk masukkan bekas asam pedas ni dalam pengukus dan tenggek atas periuk. Senang, sekali jalan, hahaha.
Panjang sejarahnya Asam Pedas Ikan Terubok ni ek!
kita pun x suka ikan terubuk... tension nak asingkan tulang2 dia hahah
ReplyDeletetak berapa gemar ikan terubok sebab banyak tulang...
ReplyDeleteTenggek asam pedas tu yang buat kita terus enyum lebar.... senang kija kan SK.
ReplyDeletesenyum # typo enyum
Deletekalau ammi nak makan terubuk kena makan tenang-tenang sbb banyak nau kerja masa makan tu.. kalau makan rushing-rushing confirmmmmmm menangis lepas tu
ReplyDelete