MAKAN DI RESTORAN ANJUNG SELATAN GELANG PATAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum wbt

KISAH Jumaat lepas, masa ke Ikea tu, SK bercadang nak makan di luar aje. Biasa, kalau plan nak keluar, pukul 10 dah panaskan enjin tapi pagi tu kemas rumah dulu siap pakej lipat kain baru keluar. Hati Tekak tak terasa nak makan Meatball Ikea, rasa macam nak cari Nasi Padang, tapi laluan ke Ikea tu, tak tahu di mana ada kedai Minang. Iman cadangkan cawangan terbaharu Restoran Anjung Selatan yang terletak di Gelang Patah. Bernasssssss!

Sistem baharu di Restoran Anjung Selatan, ada laluan terus ke kaunter nasi dan lauk, layan diri ambil makanan dan minuman, kemudian terus buat bayaran di kaunter bayaran macam di Kelab Kopi Lama.  Dulu-dulu, lepas ambil makanan, boleh terus duduk makan, nanti ada staf datang ambil pesanan minuman dan terus kira harga, tulis atas kertas kecil bagi pada kita. Habis makan, bawa kertas tu ke kaunter bayaran. Agaknya, ramai yang tak bayar lepas makan ke? Iman kata, dah macam kantin sekolah, hihi.

Kalau takut pelanggan tak bayar, boleh jer buat macam Warung Kak Yah yang cuma ada satu laluan sahaja untuk keluar dan lalu meja juruwang. Memang tak ada alasan la terlupa atau buat-buat terlupa nak bayar. Tapi, Sk pun dah lama tak ke sana, kotlah dah ada dua tiga laluan keluar, kan. Tapi, agaknya, manusia yang buat-buat lupa nak bayar ni, kita buatlah laluan macam manapun, pandai jer dia nak mengelak. Memang wujud manusia macam tu, kan. 


Rasa macam nak makan Keli Salai Masak Lemak Cili Api tapi yang tinggal tu dahlah kecik, kepala pun tak ada, hahaha. Padahal, bukan dimakan pun kepalanya.  Alasanlah tu, sebab nak makan Gulai Patin Tempoyak. Tengok dalam periuk, banyak lagi potongan badan ikannya. Kalau di cawangan BBU, datang pukul 2, memang tinggal kepala, lah. Silap haribulan, kuah aje yang ada. Dah banyak tempat SK makan Patin Tempoyak ni, belum ada yang boleh menandingi keenakan Patin Tempoyak di Anjung Selatan ni termasuklah yang Sk makan di negeri asalnya. Tu pada tekak Sk la. Malah, Fidah yang hantu Patin Tempoyak pun cakap macam tu jugak. Cuma, Sk belum cuba lagi Patin Tempoyak Temerloh. Sebab datang pun dah lewat, banyak ulaman dah habis termasuk jantung pisang kesukaan SK.

Iman, tak ambil Daging Salai Masak Lemak Cili Api macam selalu, sebaliknya kali ini dia pilih Asam Pedas Ikan Pari. Banjir terus pinggannya. Sk suap sikit ke mulut, memang sedap, ada rasa lada hitam. Mahu berasap hidung ni kalau makan, hahaha. Iman ambil sayur taugeh, tapi, dia guna taugeh yang besar kepala tu. Iman kata, tak sedap taugeh tu.


Lepas ni, senanglah kalau rasa nak makan Patin Tempoyak Anjung Selatan, boleh pergi cawangan GP ni yang dekat dengan rumah. Tempat letak kereta pun lebih luas, restorannya pun luas, serbi-serbilah luas. Tapi, tak bolehlah nak datang selalu kerana duitnya pun luas jugak, hahaha.

Anjung Selatan Cawangan Gelang Patah

No 57, Jalan Suria 2,
Pusat Komersial Suria,
81550 Gelang Patah, Johor

Dibuka setiap hari hingga jam 3 petang.


Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dompet kena luas jugaklah ye SK :D
    PH pun tak suka taugeh kepala besar tu...

    ReplyDelete
  2. banjir betul kuah asam pedas...hihi..

    ReplyDelete
  3. patin tempoyak kuala lipis the best. hihihi

    ReplyDelete
  4. SA suka patin tempoyak tapi tengah takde selera ni so pandang aje la yang SA mampu...

    ReplyDelete
  5. Ya ampunnn..ku sangkakan yg pinggan Iman tu pecal..sebab ade tauge kasar tu..hahaha..kite pun tak suka tauge tu..keras

    ReplyDelete
  6. sape la yg makan x berbayar tu gak nya kan... adoiii camne la rezeki perut dia rasa.. btw hahha sama la x suka gak taugeh kepala besar.. geli tgk :D

    ReplyDelete
  7. orait...cuti sekolah boleh la hunting ke anjung selatang gelang patah...yg bbu pernah pergi beberapa kali... Ya ampunn... ramai sungguh umat

    ReplyDelete
  8. Wah ada ikan patin tempoyak. Ok boleh dimasukkan dalam senarai ni.

    ReplyDelete
  9. Menyelerakan sungguh badan patin tempoyak dengan ulam kacang botol tu SK. Kenapa ambil nasi separuh pinggan jew hihihiii.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!