SARAPAN DI KOPITIAM SINGGAH SELALU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum wbt

DUA hari lagi kita akan meninggalkan setengah tahun 2022. Sekejap aje masa berlalu. Padahal sebenarnya kita telah menempuh masa yang panjang. Banyak perkara tertangguh sepanjang dua tahun kebelakangan ini disebabkan pandemik yang melanda dunia. Banyak juga yang berubah. Apapun semoga hari-hari seterusnya, baik-baik sahaja untuk semua pembaca Alam Sari di Tanah Jauhar. 

Pagi ini, Iman ikut emaknya ke pejabat. Sebabnya, dia nak keluar dengan Izzat dan Indah. Indahnya sanggup tak pergi sekolah pulak sebab nak ikut abang dan kakaknya pergi makan buffet makanan Korea. Sabar ajelah. Iman ikut sebab senang sikit kalau Izzat ambil dia di pejabat Sk berbanding ambil di rumah. Jadi, pagi ni, Sk sarapan jauh sikitlah. Boring pulak asyik makan roti hijau, haha.  


Kami ke sebuah kopitiam yang agak baru juga dibuka di Taman Kempas Utama.Tahu pasal Kopitiam Singgah Selalu ni dari Pak Inche. Nama Singgah Selalu ni, sinonim dengan nama sebuah restoran yang dulu terletak berhampiran Istana Bukit Serene dan berhadapan dengan Pantai Lido yang kini beroperasi di Puteri Habour dikenali sebagai Mana Cafe. Tak pasti, kebetulan nama sama atau dimiliki usahawan yang sama.


Harimau Singgah Selalu dan Kaya Butter Toast. Kalau anda peminat minuman Neslo, apakata anda cuba pula Harimau Singgah Selalu yang merupakan menu minuman terpaling istimewa di KSS iaitu campuran Kopi dan Koko. Roti Bakar di KSS, dibakar menggunakan arang dan tidak lokek meletak kepingan mentega. Sedap aroma bakar arang dan rasa manis kaya dengan masin dari mentega tu.

      

Mungkin masih awal lagi untuk setiap ruang dalam kopitiam dipenuhi pelanggan. Masa Sk sampai, ada beberapa pelanggan sedang bersarapan. Kini, semakin banyak kopitiam milik melayu di Johor (JB). Boleh pilih mana yang paling dekat dengan rumah atau pejabat, tapi yang penting pilihan menu mestilah pelbagai dan menepati selera. 

      
 

       

Suka tengok buku menu yang dicetak macam akhbar lama. Pilihan menu pun sangat banyak sampai rasa nak pesan semua tapi perutnya dua aje pulak, hihi.


Selalu minum kopi hitam pahit, kali ni mengelat minum kopi dengan koko. Dia punya manis sampai melekat dekat muka Tuan Tanah Kedaung... sangatttttt! 



Dah beberapa kali kawan-kawan Iman buat carian di google pasal makan, asyik-asyik terkeluar muka Iman, hahaha. Seorang kawan Iman cakap, engko yang paling ter-influencer bila google keluar muka Iman tengah makan otak-otak dengan muka lawak. 


Pagi ini dapat email tahniah dari Google Search Control Team atas pencapaian 2000 klik dari carian google dalam tempoh 28 hari. Sebenarnya ini yang menambah semangat Sk untuk muat naik post baru setiap hari apabila menerima lebih 1000 view bagi setiap new post dalm tempoh sehari ianya dimuat naik, terima kasih pembaca! Paling seronok, kalau dulu Cash Out Adsense, setahun dua kali, kemudian empat bulan sekali, sekarang, tiga bulan dah masyukkkk! 



Keliru jugak hendak membuat pilihan makanan di sini dan akhirnya tetaplah jugak memilih Lontong. Terdapat dua pilihan iaitu Lontong (Basah) atau Lontong dengan Kari Ayam. Kuah lodeh sedap, sayurnya tidak dimasak sehingga layu. Yang penting ada Sambal Bilis dan Sambal Kacang. Dia punya sedap sehingga sudu garfu dan pinggan sahaja yang tinggal, hahaha.

        

Lepas kawan-kawan asyik jumpa muka Iman bila buat carian kedai makan di google, Iman kata, dah tak nak buat muka lawak lagi lepas ni... tapi... tetaplahhhhhh!

Kopitiam Singgah Selalu

32, Jln Kempas Utama 2/2, 
Taman Kempas Utama, 
81300 Johor Bahru, Johor

Waktu Perniagaan :

Setiap hari kecuali Selasa
8 pagi hingga 5 petang

No Telefon : 013-549 9144

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Haha glamour Iman :)
    Lama nau x minum Neslo...zaman-zaman uni dulu kot hihi...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, tumpang seronok baca PV and adsense da mantapp..nanti bebila free kita try buang auto refresh tu kak, bagi lagi organik ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tulisan tu memang kecik ek Sun.. juling mata den nak baca hahahahaha

      Delete
  3. Sedapnya neslo! Lama jugak tak minum.. Haha.. Iman buat muka comellaah lepasni... muka lucu tu sekali sekala aje... Kahhh..

    Best kak.. view banyak, adSense cashout tiga bulan sekali lagiii mantop! Tahniahhh ya...

    ReplyDelete
  4. masa ke Johor haritu ada bersarapan kat Mana Cafe tu

    ReplyDelete
  5. SK dengan lontong memang x leh dipisahkan erk.....apapun memang nampak sedap semuanya

    ReplyDelete
  6. Memang kena singgah selalu nampaknya ni

    ReplyDelete
  7. Kannn Kak.. lagi banyak update, lagi banyak adsense bagi... betul kata Sunah tu, kasi organik view, lagi naik adsense..

    ReplyDelete
  8. Wah, manis laris Iman ye. Teruskan buat muka lawaklah Iman, ada identiti tersendiri.

    ReplyDelete
  9. Tahniah, SK, atas pencapaian blog. Terer aaa, SK pun rajin update blog. Boleh tahu banyak port makanan best, kalau pi Johor.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!