Assalamualaikum wbt
TIBA-TIBA, sebelum tengahari tadi, ada bunyi guruh yang kuat. Terperanjat Sk dibuatnya, sebab duduk dalam pejabat, tak nampak cuaca di luar. Semalam, ada baca ramalan cuaca tentang hujan dan ribut petir yang akan melanda lima negeri termasuklah Johor. Rupanya, kejadian ribut petir dan hujan tu berlaku hari ini. Masa pergi kantin tadi pun, hujan renyai, kalau berlama-lama, basah juga. Kenalah lari-lari sikit walaupun berat, hahaha.
Masa Hari Bapa tuari, Pak Inche ajak makan di Krabi Seafood yang sedang viral kerana ada promosi Grand Opening cawangan baharu Bandar Dato Onn. Tapi, kami terpaksa tolak cadangan Pak Inche sebab Sk dah buat tempahan di The Grand by Adam's Kitchen. Tu yang dia ghisau beno kalau kami bawa ke kedai tomyam cincai-cincai, hahaha. Jadi, semalam, kami layankan sajalah permintaan dia, lalu kami ke cawangan Krabi Seafood BDO yang berdekatan Aeon BDO. Masa kami sampai, boleh tahanlah meriahnya., restoran penuh sehingga mereka meletakkan meja dan kerusi di atas jalan tar bersebelahan restoran yang memisahkan dengan blok bersebelahan. Kalau pandang ke arah lorong tu, dah rupa kedai mamak pun ada. Tapi, bila lihat restoran, terus rasa, wow! Restoran nampak ekslusif dengan dinding kaca, macam cafe hotel tapi harga kaki lima kerana masih ada harga promosi sehingga 28 Jun 2022 ini.
31, Jln Perjiranan 4/4,
Semualah nampak sedap-sedap dan mengancam!
ReplyDeleteFuh! Mewah seafoodnya!
ReplyDeleteUntung cuba waktu promos I tiada ralat kalau kurang sedap.
ReplyDeleteOoo Krabi Seafood ni Saya makan di Scientex sini kak, pun ada, cuma tak tau sama owner ke tak, pun ada promo yang sama tu.. so far dah dua kali makan, not bad laaa, murah..
ReplyDeleteingatkan SK pi Krabi kat Thailand..Manalah tau tetiba terbang pi sana untuk honeymoon🤭..
ReplyDeletedok bayang ketam besar tempat depa dok bergambar tu...hihihi
oh so-so aje la makanannya ek..
ReplyDelete