JOHOR KAJI SEMULA CUTI HUJUNG MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum wbt

BARU sempat nak post entri baharu. Buka-buka pc nampak berita ni...

Johor Bahru: Kerajaan Johor akan mengkaji semula cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu berikutan banyak keluhan disuarakan rakyat negeri ini.

farid_noh@bh.com.my

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, beliau maklum mengenai keluhan rakyat mengenai cuti hujung minggu yang berbeza antara pihak kerajaan dan swasta.

"Kerajaan negeri akan mengkaji semula perkara ini supaya ibu bapa dan anak-anak dapat berehat pada hari yang sama.

"Perkara ini akan saya umumkan kelak setelah mendapat kaedah yang paling tuntas untuk menyelesaikan perkara ini," katanya ketika menyampaikan amanat khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada (PERSADA), di sini, hari ini.

Pada 23 November 2013, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-55, menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda dilaporkan bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari 2014 bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

SUMBER


Kalau betul, dah tak perlulah asyik nak ambil cuti hari Ahad, nak makan Kari Kambing Patploh Hari punya pasal 😝 (tu contohhhhhh)

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Popular kari kambing 40 hari ni. Pernah tengok kat tv.
    Tak tau pulak swasta lain hari cuti dengan kerajaan di johor.
    Dulu masa sekolah di kedah pun pernah merasa cuti jumaat dan sabtu.

    ReplyDelete
  2. kan..sebenarnya kesian juga pada yg ada anak duduk asrama di luar Johor, contohnya kakak ipar ammi tu...dah kene ambik cuti hari Ahad sbb nak hantar anaknya. Orang nak geder Sabtu malam, sabtu petang dia dah cabut balik Johor sbb ahad kerja..aduhaiiii.

    ReplyDelete
  3. Kesian kat anak2 yg mak ayah jauh di negeri lain..susah plan nak balik kg...kan....adik SA la tu...hahaha

    ReplyDelete
  4. sentiasa ada je ramai orang kari kambing 40 hari tu.. huhuh... mujur sedap..

    ReplyDelete
  5. setiap orang ada cabaran masing masing...ada yg suka cuti ahad, ada yang cuti jumaat,
    kami cuti sabtu...hihi

    ReplyDelete
  6. betul tu, kena kaji semula kan.. sebab kesian mana mak ayah yang anaknya luar kawasan jb

    ReplyDelete
  7. Dulu-dulu cikgu Sejarah ajar kalau nak ingat Negeri Negeri Melayu Tak Bersekutu ..ingat negeri yang cuti Jumaat Sabtu...🤭

    ReplyDelete
  8. Yang bekerja mungkin ada bagusnya dan kurangnya, kalau bagi Lin ni kak.. jumaat sabtu ahad ke, sama jer hahahaha sebab tak bekerja dan takde anak bersekolah huhuhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!