Assalamualaikum wbt
MAJLIS walimah yang pertama nampaknya kami hadiri selepas Syawal tahun ini. Istimewanya, bapa pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan, kedua-duanya kawan Pak Inche. Tapi, baru tahu apabila anak masing-masing hendak mengikat tali pertunangan. Bapa pengantin lelaki merupakan kawan lama Pak Inche manakala bapa pengantin perempuan pula kawan sekerja merangkap bos Pak Inche yang sudah pun pencen, hehehe.
Sejak kelmarin, kedua bapa pengantin ni berpesan agar jangan lupa menghadiri jemputan. Dah berjanji nak datang saing-saing dengan keberangkatan rombongan pengantin yang datang dari KL. Oh, ini merupakan majlis sambut menantu iaitu majlis di pihak lelaki. Kami sampai terlambat sikit, ketika pengantin sedang makan beradab. Tak dapatlah berarak saing pengantin, tema warna dah tersama, macam berjanji pulak, haha.
Tiada acara memotong kek perkahwinan sebaliknya digantikan dengan memotong pulut kuning. Mempelai seperti pinang dibelah dua, ibarat cincin dengan permata. Selamat Pengantin Baru, Izzat dan Kamila, Semoga rumahtangga yang dibina, berbahagia dan sejahtera hingga ke syurga.
Majlis dilangsungkan bertempat di Rimbunan Event Space yang terletak di Jalan Abdul Samad berhampiran dengan Sedap Corner dan Ong Shun Seafood Restaurant. Iman kata, kalau buat majlis bertunang di sini pun sesuai jugak sebab tempatnya agak privacy. Aikk.. siapa yang nak bertunang pulak ni?? Ada bunga-bunga nampak 😜
Jadi, Sk cubalah berdiri kat tangga ni ala-ala mak perantin, tengok sesuai ke sesuai? 😂
Menurut bapa pengantin, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada RES menyediakan makanan untuk tetamu sebab malas nak pening-pening. Kiranya, RES ni jugak memberikan khidmat wedding planner. RES menggunakan khidmat Sarifah JB Catering untuk menyediakan hidangan kepada tetamu yang hadir.
Hidangan merupakan Nasi Beriyani, Ayam Masak Merah, Daging Lada Hitam, Kambing Beriyani, Dalca dan Pajeri Nanas. Juga kuih-muih seperti Cucur Badak, Cream Puff, Koci, Kek Coklat dan Brownies. Ada juga Bubur Kacang dan Jambu Asam Boi. Adik yang ambil tender ABC, siap hantar ABC ke meja pulak. Semua hidangan yang kami ambil sungguh terasa enaknya.
Pengacara majlis pulak, asyik mengulang-ulang mengingatkan tetamu agar jangan lupa mengambil Laksa Johor yang turut disediakan dalam buffet. Eh, dia ni.. kita ni dahlah kekenyangan makan beriyani sepinggan, ada pulak yang baju tertetas nanti. Tapi, bak kata pepatah, lebih baik menyesal makan dari menyesal tak makan, hahaha. Jangan risau, baju tertetas boleh dijahit semula, hehehe. Mujurlah, tak tertetas malah mungkin boleh muat lagi makanan yang lain, hahahah.
Rupanya, adik yang hantar ABC ke meja tu, anak kawan kita laaaa.. hihi. Ini Nana, isteri kepada kawan sekolah Sk masa sekolah menengah. Sejak ada mukabuku, kawan dengan suami, mesti kawan dengan isterinya jugak tau. Baru seronok berkawan. Menurut Nana, setiap kali Sarifah JB ni buat khidmat katering perkahwinan, dia pun akan ikut sekali. Nana ambil tender ABC atau cendol mengikut permintaan pelanggan.
Bergambar dengan ibubapa pengantin lelaki merangkap tuan rumah. Terima kasih atas undangannya. Semoga seluruh keluarga pengantin diberi keafiaatan dan kesejahteraan serta senantiasa dipermudahkan segala urusannya, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.
Doa Untuk Pengantin Baru
Dari Abu Hurairah R.A., beliau berkata, "Adalah Nabi Muhammad S.A.W. bila memberi ucapan kegembiraan terhadap seseorang yang menikah, Rasulullah mendoakan:
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ
Ertinya: Semoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan" (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah).
Alhamdulillah. Adik sepupu PC pun nak nikah juga bulan depan.. semakin bertambah undangan.
ReplyDeleteNampak manis menawan kedua-dua mempelai. Moga bahagia hingga ke syurga!
ReplyDeleteTahniah buat mempelai
ReplyDeleteSemoga kekalbhagia hingga ke jannah
Cantiknya tempat tu..
ReplyDeleteGerbang saja dah macam pelaminan..
Ehem..ehem Iman macam dah ada bunga2nya tu...jangan lupa jemput aunty tau
Cantiknyaa busana pengantin tu.. tempatnya pun lawa.. ni tengah survey gak ni untuk majlis akan datang hohohohoh
ReplyDeleteSA ada jemputan kahwin nanti bulan 7 la SK...lambat lagi nak merasa makan lauk pengantin ha....amboi..sedondon gittew
ReplyDelete