JEJAK KASIH DI MAJLIS PERKAHWINAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum wbt

LAMA sangat tak jumpa dengan kawan zaman muda-mudi, Asmidar Asiah yang Sk panggil As. Seingat Sk, kali terakhir jumpa masa tu anak kecik-kecik lagi. Kemudian, lamalah terputus hubungan dengan As sehinggalah bertemu kembali di laman muka buku beberapa tahun lepas. Hahaha.. terima kasihlah kepada Mark Zuckerberg yang telah mewujudkan Facebook, kan. 


Tiga minggu berturut-turut, makan nasi kenduri orang kahwin. Kali ini, memenuhi undangan kakak As sempena Majlis Perkahwinan Puteri beliau, Nurdyana dan pasangannya Tarmizie. Majlis diadakan di Dewan MBIP Taman Nusantara, kira-kira 20 minit sahaja perjalanan dari rumah Sk. Tak sahlah kalau tak penuhkan pinggan dengan Nasi Beriani, Ayam Masak Merah, Daging Beriani, Dalca dan Acar Jelatah. As tinggal di Bangi dan datang Johor untuk majlis kahwin anak sedaranya ni, maka ambillah kesempatan untuk berjumpa.


Masa belajar dulu, cuma kami berdua pelajar perempuan dalam kelas. Hubungan kami sangat rapat ya, dah macam belangkas, sampaikan seorang pensyarah kami akan sebut dua-dua nama kami serentak setiap kali nak panggil sebab keliru, haha. Sk juga pernah ikut As pulang ke kampungnya di Felda Keratong, Pahang, semasa Majlis Perkahwinan Abang Ngah, iaitu abang As. Tapi, kami ada jugaklah geng yang lain dari kursus berlainan, tapi dah kata sama kelas, dan cuma berdua aje perempuan, memang gonjeng bersama laaa.


Tamat belajar, As bekerja di Bangi manakala Sk bekerja di JB. Masa Sk ditugaskan menghantar pelajar ke Pertandingan Kemahiran di PERHEBAT, masa tulah kami jumpa balik dan kemudian terpisah semula sampailah bila dah beranak-pinak Si As tu, barulah jumpa balik, tu pun lebih 15 tahun lepas.


Memasing bergambar dengan anak sulung, haha. Tak sangka, kenal dari zaman remaja dan sekarang kami pulak dah ada anak remaja. Tapi, As lebih sikitlah anaknya, ada dua lagi tak ikut katanya. Anak bongsu As pun baru habis SPM, syukurrrr. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. syiok nya dapat jejak kasih n reunion balik ngan kawn masa study...! Saya pun rindu plak nak jumpa balik kengkawan lama dulu tp biasa la memasing sibuk bebenor

    ReplyDelete
  2. Wahhh!!! Jejak kasihhhhh gituuu.. Lama betul terputus hubungannn.. Hahaha

    ReplyDelete
  3. betullah kan...TQ to Mr. Mark sbb jumpakan semula kawan zaman pakai napkin

    ReplyDelete
  4. Seronok kan dapat berjejak kasih dan sesama mengimbau kenangan lalu..
    Ramai juga kawan2 saya yang meneruskan ukhwah dengan cara berbesan🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!