Assalamualaikum wbt
MINGGU lepas punya minggu lepas, seminggu selepas makan Asam Pedas Ikan Mayong dan seminggu sebelum makan di Al Mizan Satay House. Macam selalu la, Sk ke Senai lepas kerja pada hari khamis tapi kena balik rumah sekejap ambil Iman. Teringat pulak nak tapau Mee Goreng Hasan (Mamak) dalam taman perumahan Sk tu. Mujurlah jumpa nombor telefon dalam page group taman, Sk pun telefon untuk tempah empat bungkus mee goreng. Senang nanti tinggal ambil sahaja, tak payah tunggu. Encik Hasan tawarkan, jika nak, boleh pesan mee sekilo, cuma RM30 (mee goreng biasa), Sk pun setuju. Lepas ambil Iman, terus ke gerai En Hasan, mak oiiii.. boleh buat open house terus tengok mee goreng satu tipuware besar pemeluk, hahaha. Tapi, aaaaaaa.. lupa pulak nak ambil gambarnya.
Sampai Senai, rupa-rupanya, ibu dah siap masak Kari Ikan daaaa. Selalu ibu beritahu jer, kali ni, tak cakap pulak. Dalam periuk, ada ikan merah dan ikan selar saiz besar (dah siap potong). Dulu-dulu, ibu cakap, tak boleh campur-campur ikan dalam periuk, nanti bergaduh, haha. La ni, boleh pulak dia campur. Sedang pantai lagikan pulak berubah, kan.. inikan pulak hati.. tiberrrr!
Sepanjang ibu ceduk lauk dalam mangkuk, asyiklah dok tanya, nak bawa balik tak? Nak bawa balik takk? Sk jawab, tak. Nanti dia tanya lagi. Pendek kata, selagi ko tak jawab, nak.. selagi tu dia akan tanya. Jadi, kita setuju sajalah bawa balik lauk. Bagus jugaklah, balik rumah tu tak yah dah buat apa.. Pak Inche nak makan, terus hidang kari ikan dalam tipuware terus, hahaha.
Nasi dan ikan goreng pun angkut dari Senai untuk Pak Inche seorang makan aje. Sk dan Iman dah kenyang makan nasi dengan mee goreng lagi, kan. Sukalah Pak Inche dapat ikan termenung goreng. Cuma yang tak ada, sambal belacan. Nasiblah dia tak jadi macam S. Kadarisman, mengamuk sebab sayur asam tak ada belacan.. hahaha.
W'salam.. Balik Muar baru jumpa asam pedas ikan mayong.. sedap isinya lembut.. Masakan kampung ringkas begitu pun sedap tambah sambal belancan makan dengan ikan goreng garing, hurrrrmm tak pandang kiri kanan.. :)
ReplyDeleteAlaa lama x makan ikan mayong...susah nak dapat yang sedap...dulu selalu pi Muar carik...la ni takde masa nak pi Muar sejak Dania keja...well nampak sedap Kari tu ha...teringin plak kari ikan mayong
ReplyDeleteSenang boleh order mi goreng sekilo terus, sedap pulak tu. Memang memudahkan.
ReplyDeleteSK kena belikan mak plastik kecik utk tapau sayur...mmg besar bagak besar tu hahahahha..nampak secoet je sayurnya
ReplyDelete