Assalamualaikum wbt
BAGI peminat filem atau drama genre suspens, thriller, perubatan dan sains, tentu ramai yang dah khatam menonton Partners For Justice, ni kan. Dah masuk musim kedua, barulah Sk berpeluang nak menonton drama bersiri Korea lakonan Jeong Yu-mi dan Jung Jae-young ini. Selepas penat menonton Ghost Doctor, ternyata Sk tak kenal erti penat malah mampu marathon siri televisyen yang disiarkan pada tahun 2018 dan 2019. Sayangnya, tahun 2020 hingga awal tahun 2022 kita dilanda pandemik dan kini pengikut siri ini tidak sabar menantikan musim ketiga PFJ.
Inilah dua watak utama PFJ iaitu Pendakwaraya Eun Sol dan Dr Baek Boem yang merupakan seorang pakar forensik. Dr Baek sebelumnya merupakan seorang pakar bedah namun menukar portfolio apabila terbabit dalam satu kemalangan.
Suka sangat setiap kali babak di bilik autopsi. Dr Baek ni, tak sebaik namanya ya. Serius memanjang, pembantu dia buat lawak pun tak ketawa. Kita tanya lain, dia jawab lain sebab Dr Baek sentiasa berfikir di luar kotak.
Watak-watak utama dalam musim pertama. Suka sangat tengok gaya Dr Stella yang merupakan pakar kimia dan Leftenan So-ho, sayangnya kedua watak ini telah 'dipindahkan' pada musim kedua.
Gandingan mantap di bilik autopsi, Dr Baek, Dr Han dan Dr Jung. Tak tahu nak gelak ke nak kesian setiap kali mereka berdua ni kena marah dengan Dr Baek, hahaha.
Musim kedua PFJ, Oh Man-seuk membawakan watak Pendakwaraya Do berganding dengan Pendakwaraya Eun menegakkan keadilan.
No Min-woo muncul pada musim kedua membawa watak Dr K yang mengalami kecelaruan personaliti. Redho jer la layan muka tak ada perasaan dia, hahaha.
Ketua Pendakwaraya Pengkhianat, hahaha.. gerammm ui.. sampai ke sudah tak terbongkar kedurjanaan dan temberangnya. Suka ambil kesempatan dengan jawatan yang diberikan, tahu nak senang aje.. eh.. geramnya aku!!!
Tak sabar nak tunggu Season 3!!!
Popcorn mana...popcorn..?
ReplyDelete🤣🤣🤣
Hahaha.. tengah kusyuk popcorn pun tak pandang
DeleteDah lama x layan korea. Last aritu awal mengandungkan Sofea rasanya. Hahaha. Cerita Mother. Cerita sedih. Agaknye sebab tu Sofea ni ciwek yeee..hahaha
ReplyDeleteMother tu memang sedih, tak suka cete sedih.
DeleteSuka jugak layan cerita thriller.. cuma sekarang belum sempat nak layan semua cerita best best gini.... Nanti boleh try search cerita nii
ReplyDeletemelekat Non kalau tengok
Deletesaya suka sangat citer ni... tapi season 2 pun mcm tergantung sikit. nak kena ada season 3 la kot...
ReplyDeletekatanya tak lama lagi season 3 akan ditayangkan, tatawlah betul ke tak
DeleteKita baru nak tengok...
ReplyDeleteselamat bermarathon
Delete