JOLOK BUAH CIKU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum...

CIKU, antara buah-buahan yang menjadi kegemaran Sk. Tapi tulah, gemar jer makan, nak mengupasnya tu bercinta betul. Apa-apa buah pun la.. malas betul nak mengupas. Kalau dha kupas, kita pulak yang dapat paling sikit. Orang yang tak ngupas, bukan main laju ngap, hahaha.

Teringat masa kecik-kecik dulu, taklah kecik sangat, darjah 4, 5 cam tulah, masa tu, Sk tinggal menyewa di Pontian. Tuan rumah tu, adalah tanam pokok buah-buahan, antaranya pokok cikulah. Tapi, ibu selalu larang kami ambil buah ciku tu, ada hama ayam katanya. Sebabnya, bila malam jer, dahan pokok ciku tu jadi port ayam tidur.. huhu. Mampu tengok ajelah, lagipun, pokok orang.

Pokok ciku di kolej ni galak sungguh berbuah. Sk kurang pasti (semasa menaip ni, jap lagi google), adakah ciku buah bermusim atau tidak. Buahnya penuh sepokok, dari putih sampai yang dah matang. Tiap hari selasa, memang rajinlah kengkawan pejabat ni menjolok ciku. Yang tak rajin, SK jer.


Galak sungguh buahnya. Yang rendah-rendah sampai yang tinggi. Tapi yang rendah pun kena hati-hati bukan boleh main petik jer, karang getahnya tempias ke muka, hahaha.


Masa budak-budak susah nak dapat, sekarang, nak makan hari-hari pun boleh. Buah ciku dikatakan bagus untuk mereka yang mengidap diabetes dan boleh juga diambil untuk menurunkan berat badan. Wahhhh.. nak makan hari-harilah cam ni.


Pokok Roselle pun galak berbuah. Ni Kak Narimah la yang rajin tanam. Kadang sampai terbuang-buang buahnya sebab tak ada siapa yang rajin nak buat jem atau kordial selain Kak Narimah.


Dia tanam poko belimbing pulak. Tiap pagi memang Kak Imah la yang menyiram pokok-pokok ni sebelum masuk kerja. Tu baru kat kolej, kat rumah dia macam manalah agaknya ya.


Barang-barang kebun Kak Imah. Ni semua dia beli sendiri secara online sebab minat. Tiap minggu ada jer barang kebun dengan tak kebun dia sampai.


Tengah-tengah tolong kutip ciku, tiber sakit perut, haha. Tak sempat tolong penuhkan kotak. Lepas tu dah malas nak gi kebun semula, terus buat kerja. Tak lama, Naza bawa masuk sekotak penuh buah ciku. Memasing ambillah bahagian masing-masing. Pun ada lagi tu ha.. SK belum ambil, tengoklah kalau rasa rajin nak mengupas nanti, ambiklah lima enam biji, hehehehe.



Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA x suka makan buah ciku...hehehe..x tau la kenapa

    ReplyDelete
  2. Dulu keliling rumah kami penuh dengan pokok ciku dan limau bali. Tak ingat berapa pokok tapi banyaklah. Apabila lebat buahnya dan hampir matang jenuhlah kami kait dan cuci dengan sabut sampai bersih. Lepas tu bonda kita peram masukkan dalam tin, bungkus dengan kain. Dua hari kemudian ciku pun masak. Aduh enaknya makan buah ciku yang manis!

    ReplyDelete
  3. Suka makan ciku kalau manis. Masih berkelat tu rasa tak best pulak nak makan. Lebat buah cikunya. Elok elok rupa buah ciku. Orang kalau dah minat bercucuk tanam, macam macam alatannya.

    ReplyDelete
  4. Aduhhhh ..Buah kesukaan hamba ni..
    Lain kali amik banyak2 SK...saya sanggup kupas untuk makan sama-sama😁

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!