Assalamualaikum...
MINGGU ini pejabat sunyi sepi. Sejak minggu lepas, ramai kawan sekerja Sk terutama dari bahagian akademik terpaksa melalui kuarantin. Cuti semester yang sepatutnya bermula pada minggu ini terpaksa diawalkan apabila seorang demi seorang pelajar disahkan positif virus covid 19. Tak pasti berjangkit sesama mereka atau keluarga sebab biasanya mereka akan mengetahui diri positif apabila membuat ujian saliva sebelum kembali ke kolej pada hari ahad. Kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama akan balik ke rumah keluarga pada setiap hari khamis lepas habis kelas. Ada yang dah balik asrama, terpaksa pulak dikuarantin bersama dalam asrama.
Jadi, sejak minggu lepas, semua diarahkan pulang bercuti. Yang mana kuarantin tu, duduklah di rumah. Yang negatif dan tidak bergejala, seronoklah agaknya dapat ke sana ke mari. Ahad, kawan sepejabat Sk, Naza pulak anaknya positif. Padahal, anaknya tu pelajar asrama yang diarahkan pulang sejak akhir tahun lepas. Ikut kelas pun dalam talian. Agaknya walaupun dia tak keluar rumah, tapi virus dibawa ahli rumah yang lain. Begitulah takdirnya. Makin sunyilah Sk, sebab kawan bersembang tak masuk pejabat sampai minggu depan.
Lagi sunyi, apabila Kak Saria yang rajin jolokkan buah ciku, dipindahkan ke ibu pejabat. Kak Saria yang selalu masakkan Sambal Goreng, yang rajin masak dan menjamu kami dengan air tangannya, kini dah tak ada depan mata. Kalau nak jumpa dia, kena cari di muka buku atau bertanya khabar melalui whatsapp.
Sehari sebelum Kak Saria berpindah, kami sepakat mengadakan Majlis Perpisahan untuk beliau di KFC Damansara Aliff. Beli kek Bakers Cottage, tertulis Selamat Maju Jaya dan Selamat Hari Lahir. Harap tak terlewat la, sebab tarikh hari lahirnya bulan Januari, hihi.
Senyap-senyap buat rancangan dan tidak diketahui tuan punya badan. Sudahnya, tiba waktu yang ditetapkan, Kak Sarianya balik ke rumah sebab ada urusan. Mujurlah dia balik sekejap aje, dibuatnya dia tak balik-balik? Hahaha. Tapi, Kak Saria jaranglah tak balik, memang dia keluar tu waktu rehat tengahari dan plan kami pulak, waktu tengahari juga. Menunggulah masing-masing nampaknya.
Selamat maju jaya ditempat baru Kak Saria. Dan stay safe SK. :)
ReplyDeleteNaya dibuatnya kalau orang dirai tak muncul kembali ye SK.
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis berjalan lancar.
Bilik guru di sekolah kita pun sunyi, berpuluh kawan kita kena kuarantin.
alolololo,,,sedihnyaa..ehh lama pulakk ain tak ke kfc damansara alif tu...
ReplyDeleteSelamat maju jaya di tempat yang baharu pada yang diraikan
ReplyDeleteSemoga kak saria sukses ditempat baru.
ReplyDeleteSemoga yang +ve Allah kurniakan kesembuhan..
Ahli keluarga saya pun ramai yang positif covid-19.
ReplyDeleteKita kadang tengok orang lain kuar dengan kengkawan gini, kita dah mula jeles Kak.. rindunya nak kuar makan ramai-ramai lagi, huwaaaaa... :(
ReplyDeleteanak bongsu ammi dah 4-5 hari nak makan KFC...tapi alahaiiiii abah & ammi ni belum berselera nak hadap KFC sebagai dinner
ReplyDeleteEh kita sama la SK...SA pun jenis cengeng...better tahan..better x ucapkan pape..bukan berpisah selamanya kan...boleh je keep in touch jumpa kat luar ke kat mana- mana dia pindah...
ReplyDeleteSedih part kena berpisah ni. Cengeng tu dah tentu. Nak berpisah dengan orang baik baik mana tak sedih kan. Ada jugaklah kenangan meraikan sebelum berpisah.
ReplyDeleteSekarang ni test negative lepas tu lepas test PCR positive. Susah nak detect kan. Itu yang cepat merebak sana sini.