Assalamualaikum WBT
BALIK dari Ikea, Sk mengajak Iman ke Kopitiam Nona. Haaaa.. nak tahu tak, sekarang ni Kopitiam Nona juga beroperasi untuk minum petang dari jam 3 hingga 7 malam.
Di sebelah petang, KN dikendalikan emak kawan Iman, Imelda. Ini kawan Iman dari sekolah sampai sama-sama kerja sambilan sebagai juruwang di Petronas Kobena sehingga sekarang.
Kuih lopes kegemaran Sk. Sangat lembut dan sedap, kelapa cukup masin dan air gula melaka yang harum dan manis.
Haaaa.. inilah yang diinginkan. Lempeng dan Sambal Hijau air tangan emak Imelda. Masa mereka sekolah dulu, boleh dikatakan dua tiga kali seminggu Sk mesti singgah beli lempeng sambal hijau di warung emak Imelda yang terletak di penghujung jalan yang memisahkan Rumah Mara dengan Desa Rahmat.
Nampak tak kemulusan lempengnya tu. Sambal tu kan, walaupun sikit jer kita selet pada lempeng, tapi bila dikunyah, ia macam 'blend' terus dengan lempeng. Tiga keping tu cukup mengenyangkan sebenarnya tapi benda sedap kan, memang rasa nak lagi dan lagi, hahahaha.
Pakkal jer jauh!
3 Comments
terbayang pula lempeng cair bersantan SK...sy masih guna resepi akak yg tu utk buat lempeng
ReplyDeleteLempeng cair cicah sambal sedapnyer
ReplyDeletemenarik gandingannya...legend ni...rasa tetap maintain..
ReplyDeleteBlog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih