MAKAN DI BLACK CANYON AEON BUKIT INDAH

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT


KISAH dua tiga minggu lepas ni, pergi ke Aeon Bukit Indah semata-mata nak makan di Black Canyon.


Suka sistem kat sini, tandakan menu dalam kertas pesanan aje.


Mula-mula tomyam sampai dulu. Macam selalu, pesan Tomyam Seafood.


Teringin jugak nak rasa mee Black Canyon yang Iman kata sedap sangat.


Namanya Pad Thai. Sedap tapi lembik.


Kerabu Mangga sedap. Berebut makan tiga beranak 😄.


Pak Inche makan Nasi Goreng Udang. Nampak nasinya lembik tapi Pak Inche tak komen apa-apa pulak. Tengok dia perah limau dengan penuh perasaan. Dia kan suka masam-masam ni.


Sk pesan Padkrapaw Rice. Pun lembik nasinya. Iman kata, memang beras Thailand lembik kot.. hurmmm.


Dah hampir habis makan, barulah Kailan Ikan Masin sampai. Kami datang ni dah pukul 3 lebih, ingatkan orang tal ramai, ramai juga. Tu agaknya ada makanan lambat macam dia kumpul order dan masak serentak ke, tak tahu la ya. Jadinya, semua dah kenyang nak makan sayur, bungkus bawa balik.

Burppp... Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. ye kut.. beras siam memang lembik. kena kurangkan sukatan air kalau nak makan style orang jawa...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try..nanti nak try la kat Aeon sini pulok...hohooo

    ReplyDelete
  3. biasa beras siam peroi kan..agaknya yg ni jenis yg campur dengan beras pulut kot

    ReplyDelete
  4. Suka pad Thai.
    Hehe tidak sabar tunggu sayur siapa, bungkus sahaja.

    ReplyDelete
  5. Bagus PI, seimbangkan rasa. Elok tu untuk perut, ada masam-masamnya.

    ReplyDelete
  6. Saya jenis suka nasi berderai...Kalau nak lembik biar bubur terus takpa pulak🤭

    ReplyDelete
  7. Sebab beras siam kot SK...SA ada beli...memang susah nak manage la..kurang air berderai betul..lebih air jadi lembik...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!