SAMBAL SOTONG BERSARDIN PULAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT

MINGGU ni, dua kali Sk bawa bekal makan tengahari ke pejabat. Rajin, kan. Memanglah rajin... lauk dah ada, tinggal panaskan. Perangat pun guna periuk nasi elektrik jer, hahaha. Kalau semalam, Sk bawa lauk Kari Ayam Bertelur, kelmarin, Sk bawa lauk Sambal Sotong Bersardin. Pelik tak, nama lauknya??


Pagi-pagi, tak sempat nak ambil gambar cantik-cantik. Ni sebenarnya baki Sambal Sotong hari tu. Bayangkan masak sotong dua ekor, tinggal dua keping isinya pun tak ada siapa nak habiskan. Sambalnya pun ada lagi, sayang tau nak buang, penat menggiling. Sardin tu pulak, Sk buat inti sandwich dan sengaja asingkan seekor, teringin nak sambal sardin. Jadi, campak jerlah sardin dalam baki sambal sotong tu, bersama cili padi, terus jadi Sambal Sardin, hahaha.

Teringat pulak baca di IIUM Confession, kisah suami yang tak makan sardin, tersuka tanpa sengaja sebab isteri dia masukkan baki sambal sardin dalam sambal tumis (kot). Isteri dia simpan dalam microwave dan suaminya termakan, terus kata sedap dan minta isterinya masakkan sambal rasa macam tu tanpa sedar yang tu isteri dia guna sos dari sardin dalam tin. Isterinya pulak dalam dilema sama ada nak berterus terang atau tak, yang tu sardin, hihi. Tak tahulah tu, dah pecah belum rahsianya tu, hahaha.

Sambal Sardin sedap apa!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Boleh bikin gaduh tau kalau masak sardin kt umh.. manataknya semua suka.. hahaha.. skrg ni tgh kemaruk mkn sardin ayam brand tp sambal sotong bersardin mmg rare

    ReplyDelete
  2. hahaha...saya pun terbaca confession tu.. tak tau la sekarang dah pecah belum rahsia sardin tu

    ReplyDelete
  3. Bulan baru semangat baru ni SK, bawa bekal ke ofis 👍
    Sardin ni my all time favorite tau...

    ReplyDelete
  4. Makan dengan roti potong pun sedap juga.

    ReplyDelete
  5. sambal sardin all time feveret.....kelakar lak baca kisah suami isteri tu...betul, ada yg tak makan sos dlm sardin tin...kalau masak depa buang sos tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!