Assalamualaikum WBT
SEJAK semalam, dah berjanji dengan Fidah, pagi ni nak sarapan di Dapur Tokma. Ialah, dah lama tak makan sama. Siapa yang lama follow Sk, tahulah kan, yang Sk tak bersarapan di luar pada hari kerja. Tengahari pun tapau makanan di kantin sahaja. Dalam sebulan tu, belum tentu ya Sk keluar makan dengan kawan-kawan, memang macam tu la hari-hari kecuali bila hujung-hujung tahun atau macam ni, tak lama lagi kita nak puasa, kan. Sk pulak, dah lama teringin nak repeat Kambing Bakar di Dapur Tokma. Awal tahun tuari nak pergi tapi masa tu Dapur Tokma tutup sebab proses perpindahan lokasi. Alaa.. tak jauh pun pindahnya, sebelah aje.. hehehehe.
Tapi pagi ni, hujan turun mencurah-curah. Aaaaa.. macam tak ada harapan nak makan Kambing Bakar Tokma. Masing-masing duduk ngadap pintu kaca tenung hujan, sambil hati berkata, bilalah nak berhenti. Bila hujan seakan reda dan kurang lebatnya, nekad keluar dan berlari ke kereta, hahaha. Hujan mula teduh bagaikan merestui, namun sebaik masuk ke bawah bumbung Dapur Tokma yang baru, hujan turun semula namun tidak selebat tadi. Sk cakap dengan Fidah, mintak-mintaklah lepas makan hujan berhenti, hihi.
Masih mempraktikkan sistem layan diri, kami terus beratur di kaunter pesanan sementara Naza dan Kak Imah menunggu meja. Sebenarnya banyak lagi pun meja kosong tapi takkan nak beratur ramai-ramai pulak, kan. Tetiba, Kak Imah datang, Kak Imah kata, dia nak belanja. Yabedabedoooooo. Kak Imah kata, dia memang berhajat nak 'open table'. Kali ini, Sk bertukar menu dengan Kak Imah. Kalau sebelum ni, Kak Imah makan Nasi Lemak, kali ni Kak Imah nak makan Lontong Kering pulak, tapi Kak Imah nak makan dengan Sambal Paru. Sk pulak, teringin nak rasa Nasi Lemak Tokma, betul-betul ke sedap???
Nasi Lemak Kambing Bakar... memang terbaiklah! Sedap sangat, daripada nasi hingga ke sambal. Cukup aksesori wajibnya, timun, kacang tanah, ikan bilis dan telur goreng. Nasi lemak panas-panas bila diletak atas daun pisang, menerbitkan aroma harum dan menyentuh deria penglihatan. Ditambah pula cuaca sejuk di Tanah Jauhar ni, kan.. sambil hirup nescafe o panas, sambil kunyah daging kambing, sambil borak hal pejabat.. hihihi. Cuma, sambalnya tu sikit beno. Nak minta tambah, malas malu pulak nak bangun pergi kaunter. Mungkin lain kali, boleh minta sambal lebih masa buat pesanan. Siapa yang hantu sambal tu, matilanakkk, mungkin kena bayar lebih kot sambalnya, hahaha. Macam Fidah, jenis makan sambal sikit ya, suku pun tak luak sambal dia, Sk pun mintaklah sambal Fidah jer.
Nampak tak keterujaan masing-masing bila nampak makanan sedap depan mata. Dah tu, hari-hari lain pun memang setakat sarapan roti dengan shake aje masing-masing, kan. Sekali-sekala kita mengembek pulak pepagi. Gedebak-gedebuk, campur kuih dan tapau jugak untuk Ina, semua sekali tak silap dengar tadi, RM75 gitu. Alaa.. 75 tu, celah gigi Kak Imah aje.. hahahaha. Ngam-ngam habis makan, hujan pun dah teduh, syukurrrrr.
Terima kasih, Kak Imah. Semoga Allah swt menambah lagi rezeki wang dan kesihatan serta berbahagia dan sejahtera selalu, insyaAllah... Amiiinnnn Ya Robbal Alamiiiinnn.
Dapur Tokma
Buka setiap hari kecuali Isnin
7.30pagi - 11.30 pagi
📍65, JALAN ORKID UTAMA,
TAMAN ORKID,
81200 JOHOR BAHRU.
📞0196610716
sekali sekala cheat meals apa salahnya...kalau hari2 kena cari menu rahmah
ReplyDeleteSedapnya ... ada kambing bakar. Macam makan di pinggir kayangan ni SK.
ReplyDeleteorait... nanati saya pun nak cuba lah makan kat sini. nampak menarik daging kambingnya tu
ReplyDeleteOkey...kita teruja tengok nasi lemak kambing bakar tu...nanti kita cuti balik sana kita nak suruh cik abg tu bawak kita kat sini...mcm dah panjang je wishlist ni..hahahaha
ReplyDeleteGeram kat neskepe tu!
ReplyDeleteBertambah sedaplah bila ada orang belanja hikhik... Tak pernah makan lagi nasi lemak dgn kambing bakar...
ReplyDeletetu dia...sarapan yang boleh buat kenyang sampai ke petang.. air nescafe tu aummmmmm
ReplyDeleteuii...nasi lemak kambing...
ReplyDelete