Assalamualaikum WBT
REZEKI semalam, dapat makan buah abiu. Buah abiu atau abeo atau juga dikenali sebagai cikumas ni, Sk kirim dengan Angah apabila ia dijual di Fama dengan harga RM25/ 2 kilogram. Sk kenal dengan buah ni selepas baca blog post Mak Cella dan Wak Warisan Petani.
Buah abiu atau nama saintifiknya Pouteria Caimito adalah daripada keluarga Sapotaceae iaitu satu keluarga dengan buah ciku. Buah abiu turut dikenali dengan beberapa nama lain seperti abio, abieiro, caimito amarillo, caimo, madura verde dan luma (Bahasa Sepanyol).
TIDAK ramai mengenali buah abiu atau turut dipanggil buah mas yang berasal dari kawasan Amazon ini. Buah ini mempunyai khasiatnya tersendiri dan dipercayai membantu meningkatkan imuniti badan kerana mengandungi nutrien penting seperti protein, tenaga, kalsium,vitamin C, vitamin E, vitamin A dan fosforus
Macam-macam saiz buah abiu semalam, lupa nak ambil gambar kesemuanya. Ada yang sebesar penumbuk bayi, ada yang sebesar kepala bayi, hahaha. Bila tunjuk dengan kawan-kawan, semua buat muka pelik. Tak pernah jumpa tu satu hal, nama pun tak pernah dengar. Kita jamahkanlah seorang sikit. Lepas tu, Sk pesan pada Kak Imah, minta semaikan biji tu sebab tangan Kak Imah sejuk. Semua pokok yang ditanamnya mesti menjadi.
Buah abiu ni tak perlu dikupas macam buah ciku, terus belah-belah aje secara memanjang atau potong bentuk baji. Buah yang Sk beli ni dah cukup matang tapi tak terlalu masak, jadi boleh gigit macam kita makan tembikai tu. Isinya lembut dan jernih, rasa macam buah kesemak atau pisang kaki pun ada.
Yang ni belahkan untuk Pak Inche. Masa belah tu, beza sedikit warna isi tu dengan yang Sk belah di pejabat, yang mana lebih jernih. Ahhhh.. belum masak ke apa ni, sebab ada bahagian isinya yang putih. Tapi, bila gigit, dah masak pun, risau jugak kalau kelat, hahaha. Kulitnya bergetah sikit, kena bersihkan pisau dengan minyak.
Masa bagi Pak Inche ni, dia punyalah risau nak makan. Tahulah dia tu, benda pelik sikit takut sangat tak sedap. Lepas dah makan, suka pulak dia, tapi tu laaa, lupa betul nak ingatkan dia jangan buang bijinya. Dah siang baru teringat. Dah selamat masuk tong sampah kat luar. Kalau tong sampah kat dalam, mungkin sanggup lagi nak selongkar, hahaha.
Ini pulak buah kristal, juga kirim dengan Angah beli di Fama. Tapi ni bukan beli semalam, la. Lama dah belinya tapi baru teringat belum pernah diblog. Cerita masa kena kurung dalam rumah dengan 'abah' la ni, hahaha. Selain buah kristal, ia juga dikenali sebagai matoa atau longan Brazil. Saiznya lebih kurang telur ayam gred D.
Buah yang berasal dari Papua New Guinea agak asing di negara ini dan ramai tidak mengetahui keenakan rasanya yang lemak manis serta pakar nutrisi ada menyarankan buah ini elok dimakan kerana kandungannya penuh vitamin A dan E yang mencegah penuaan sel dan meningkatkan aliran darah serta kulit menjadi cerah.
Masa PKP tu, Angah dapat pelepasan boleh keluar rumah sebab kalau tak keluar buat jualan, macammana dengan hasil pertanian yang dihantar ke Fama. Orang ramai dah tak boleh datang membeli, ke mana nak dipasarkan? Jadi, Angah akan open jualan dan buat penghantaran. Memang selalulah Sk minta Angah hantar buah ke rumah, eh, bukan free ya, bayar tau. Tak ingat pulak harga buah kristal ni, dah lama nau nau, tapi rasanya, tak murahlah. Tapi, zaman pkp banyak duit kan. Ada gaji, ada mora dan ada kwsp, huhuhu. Sekarang dah wabillahitaufik wal hidayah...
Inilah rupa isi buah kristal. Kalau abiu perlu dibelah dengan pisau, buah kristal perlu dipecahkan untuk dikeluarkan isinya. Kulit buah kristal keras macam kayu tau, sampai sakit-sakit tapak tangan nak pecahkan. Last-last, ketuk dengan anak lesung terus, hahaha. Isinya macam buah mata kucing dan longan sikit tapi lebih tebal, besar dan sedikit lonjong. Rasa dia pun seakan longan dan mata kucing tetapi lebih lemak Berebutlah makan tiga beranak, cuma Iman lebih kepada tolong kopek aje, dia kan tak minat makan buah. Tunggu-tunggu jugak Fama jual lagi buah kristal ni, tapi macam tak ada aje. Oh, Sk tak pasti, matoa dengan kristal ni, memang sama ke tak? Sebab kalau google, matoa ni macam merah-merah sikit, kristal ni hitam manggis gitu. Ke... dia ikut tanah dan suhu tempat pokok ni ditanam?
Wallahu'alam.
rare sungguh buah2 nii SK , kak ana pun tak pernah tahu dan rasa apatah lagi, thanks for sharing ,belajar sesuatu yang baru hari ni, mudah-mudahan ada rezeki kak ana nak rasa satu hari nanti, In SYaa Allah
ReplyDeletemacam sedap pulak nampak buah abiu tu...ada macam rupa pisang kaki jugak tapi ni versi jernih
ReplyDeleteAllah...sedapnya buah abiu...simpan peti ais kasi sejuk macam jeli kelapa...berganda sedap.
ReplyDeleteBuah kristal saya belum ada rezeki merasa..Selalu nampak kat sepanjang jalan dekat persimpangan Duta tu pokok berbuah lebat hijau dan hitam..rezeki siapa lah agaknya..
tak pernah dengar apatah lagi makan...unik buahnya
ReplyDeletebuah abiu tu 1st time mkn...bos bagi masa tu tktau namanya
ReplyDeleteTeringin nak rasa buah kristal. Selalu juga nampak gambar buah tu, tapi tak pernah jumpa lagi.
ReplyDelete