Assalamualaikum WBT
TIDAK sah Jalan-Jalan Cari Makan tanpa mengopi. Selepas makan di Restoran Sup Lembu Tangkak, kami meneruskan perjalanan pulang ke Tanah Jauhar mengikut jalan lama. "Ke mana kita?" Tanya Pak Inche. Sk buka Tik Tok dan membuat carian kedai kopi di Muar. Sebenarnya, Sk teringat pernah fyp di TT Sk, sebuah kedai kopi yang beroperasi di sebuah rumah lama berwarna biru tikus (turqoise). Haaa... jumpa... Rumacabuk, namanya.. terletak di Jalan Abdul Rahman, Parit Sakai, Muar.
Sebuah rumah warisan pastinya, rumacabuk dibaik pulih dengan menerapkan ciri moden kontemporari dengan menerapkan warna terang dan hiasan yang minima tetapi masih mengekalkan rekabentuk asal rumah.
Menambahkan lagi elemen cabuk, sebuah basikal tua zaman filem Bujang Lapuk digantung di hadapan tangga mengingatkan Sk pada lirik lagu, Menceceh Bujang Lapuk, hahaha.
Menceceh Bujang Lapuk nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee
Oh menceceh menceceh menceceh menceceh menceceh
Oh menceceh menceceh menceceh menceceh menceceh
Bujang lapuk pakai songkok basikal cabuk tak pernah gosok
Tayar kempis roda bengkok badan pepes macam keropok
Bujang lapuk keliling kampung naik basikal hai pakai sarung
Minum air dah naik kembung sakit perut terpekik terlolong
Hai bujang lapuk tak boleh harap
Basikal cabuk dah naik kurap
Baru putus hai urat saraf
Masuk angin keluar asap
Bujang lapuk loyar buruk sana sini hai bikin sibuk
Naik basikal semacam beruk tak ada kerja tolak habuk
Hai bujang lapuk tak boleh harap
Basikal cabuk dah naik kurap
Baru putus hai urat saraf
Masuk angin keluar asap
Bujang lapuk loyar buruk sana sini hai bikin sibuk
Naik basikal semacam beruk tak ada kerja tolak habuk
Oh menceceh menceceh menceceh menceceh menceceh
Oh menceceh menceceh menceceh menceceh menceceh
Oh menceceh
Oh menceceh
Oh menceceh
Oh menceceh
Oh menceceh
Penafian : Model dalam gambar bukan bujang lapuk ya.
Walaupun namanya cabuk, rumacabuk menyediakan sebuah tandas yang moden dan surau di bahagian belakang bangunannya. Memang terbaik!
Rasa tak puas merakam setiap sudut luar dan dalam rumacabuk ni. Sekali pandang nampak tingkap terbuka luas tapi sebenarnya ia telah ditutup dengan kepingan kaca lutsinar dan keseluruhan ruangan dilengkapi dengan alat pendingin hawa. Beberapa papan tunjuk arah juga ditulis dengan slanga orang Johor yang suka menyebut 'ek' di hujung ayat, hahaha.
Bukan setakat kopi dan dessert namun pelbagai menu makanan berat juga disediakan. Aisehmannn.. pakkal dah kenyang. Lain kali nak datang sini betul-betul makan laaa. Kali ni cuma mampu mengekek sajo.
Awak ambil gambar saya, saya ambil gambar awak.
Mengintai dari ruang atas. Restoran terbahagi kepada beberapa ruang iaitu ruang atas, ruang bawah dan ruang terbuka.
Baru sejam makan Kueyteow Sup Lembu, Sk cuma pesan dua minuman dan sepotong kek.
Ice Salted Caramel Latte RM12
Ice Salted Caramel Cappuchino RM12
Ice Salted Caramel Cappuchino RM12
Rasberry Pistachio Cake RM14
Ice Salted Caramel Latte untuk Tuan Tanah Kedaung.
Rasberry Pistachio Cake.. kongsi.
Mencari keindahan di zaman remaja purba.
Rumacabuk Muar
471,
Jalan Abdul Rahman, Parit Sakai,
84000 Muar, Johor
Buka setiap hari kecuali Selasa
12 tengahari hingga 8 malam
Jumaat, Sabtu & Ahad dibuka sehingga jam 10 malam.
No Telefon : 013-502 5039
Bahagianya merpati dua sejoli dapat singgah di Rumacabuk!
ReplyDeleteSeronok dating berdua..eh..kita dah lama x dating la...
ReplyDeleteDah x psl2 kita ikut nyanyi tau haha
ReplyDeleteMenarik konsep restorannya
ReplyDeleteSalah satu cafe yang saya teringin pergi tapi belum kesampaian lagi. Menarik sangatlah decor rumacabuk ni..Lawa betul kalau buat bergambar kat sini sambil kupi kupi.
ReplyDelete