TOMYAM SEAFOOD CENDAWAN ENOKI

Seri Kandi Tanah Jauhar
7

 Assalamualaikum WBT

TIDAK ke mana-mana seperti biasa semalam. Mungkin masih menyesal selepas melalui pengalaman bersarapan di Yanalis Club & Cafe minggu lepas, hihi. Tapi, tak apa, nanti kita cuba lagi pula Nasi Lemaknya atau Roti Canai Sarang Burung. Hihi.. tak serik-serik nampaknya. 


Masih teringat-ingat Lempeng Sambal Hijau di Kopitiam Nona yang Sk nikmati ketika minum petang di sana minggu lepas. Tak berbaloi nak ke Taman Daya semata nak makan lempeng tiga keping, jadi pagi-pagi semalam, kita aduklah tepung gandum dua cawan. Sambal hijau beli dari kantin Kak Sabariah. Sementara tunggu biji gandum kembang, kita lipat kain dulu sebakul. Lepas makan lempeng, kita sambung lipat lagi dua bakul 😆😆😆. Sambil lipat kain, sambil layan K-Drama, Diary of A Prosecutor. Seronok siri ini, sisi lain kehidupan pendakwaraya di sebuah daerah di Korea. Suka tengok Pendakwaraya Cha (Jung Ryeo-won) yang serius memanjang tapi tetap lawa.


Nak masak Tomyam Seafood tapi Iman kata, tomyam sedap kalau ada cendawan. Seboleh tidak nak letak cendawan, suruh sendiri pergi kedai, nak jugak berteman. Dah sampai kedai, dia tunjuk cendawan enoki. Sk cari cendawan tiram, tak ada. Cendawan yang batang dia macam kayu balak tu, ada laaa. Iman kata, dia tengok kat Tik Tok, orang kata, batang cendawan tu rasa macam daging. Ah, tak naklah, besar semacam aje, hahaha. Eh, kalau dah sampai kedai, dari nak beli cendawan enoki RM2 sebungkus, terus jadi RM32. Pelik!


Cerita Iman lagi, di Tik Tok jugaklah dia menengoknya, ada sorang TT tu, pergi kedai tomyam bawa cendawan enoki mentah, minta masukkan dalam tomyam, haha. Tapi, cendawan ni masalahnya satu, suka selit kat gigi dan dalam masa yang sama, dah lalu kat anak tekak. Kena makan hati-hati kalau tak mahu tercekik, hahahaha. Meh la Sk kongsi resepi tomyamnya. 

Tomyam Seafood Cendawan Enoki

Bahan-bahan :

1 batang serai, kerat dua, ketuk
1/2" halia hiris
1/2" lengkuas hiris
1 akar pokok ketumbar
1 liter air
1 kiub tomyam 
2 sudu pes tomyam jenama Kung Thai
Jus dari sebiji limau nipis besar penumbuk budak
4 ekor udang
3 ekor sotong
1 bungkus kecil cendawan enoki
1/2 biji bawang holland dipotong baji
7 biji cili padi pecahkan
2 sudu kecil gula
Garam secukup rasa
1 senduk susu cair
Daun ketumbar

Cara-cara :

1. Didihkan air dalam periuk bersama serai, halia, lengkuas dan akar pokok ketumbar.

2. Masukkan kiub tomyam dan pes tomyam jenama Kung Thai, kacau hingga larut.

3. Masukkan jus limau nipis, gula dan garam secukup rasa, biar mendidih.

4. Masukkan udang dan sotong, biar udang dan sotong masak sekejap barulah masukkan cendawan enoki, bawang holland dan cili padi.

5. Masukkan susu cair, biar mendidih lagi, kemudian taburkan daun ketumbar, tutup api.


Tambah telur dadar aje.
Iman kata, sedap sangat tomyam cuma telur dadar tak macam kat kedai tomyam. Pak Inche pulak, mula mintak masakkan kari daging tetiba kata, bolehlah makan tomyam untuk makan malam.


Makan malam special sikit sebab Sk masak Nasi Goreng Daging dan Daging Masak Merah. Daging dalam nasi tu, lebihan Daging Bakar hari tu. Daging Masak Merah pulak daging yang asalnya nak masak kari, hihi. Tapi, makan berdua aje dengan Pak Inche. Imannya masih kenyang sebab lunch pun dah lewat. Dia pulak kena balik kolej sebab ada perjumpaan kelab.


Beli alas meja baru. Sebenarnya banyak aje alas meja dalam rumah ni, kadang nampak aje kat kedai lawa, terus nak  beli tapi balik rumah tak bentang pun  mengenangkan anak-anak bulus. Ni elok dari pagi semalam bentang tak ada yang nak tarik ke bawah. Mungkin semuanya dah matang tak macam masa dorang budak-budak dulu, tiap pagi atau balik kerja kena kutip alas meja kat lantai. Tu tak pe, pasu ke pokok ke.. tak payahlah letak, berlubang kena gigit daunnya, hahaha.

Post a Comment

7Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Rasa nak buat gak Tomyum tapi tu lerr kesiankan orang berpantang tu haa.. sebab peberet dia pulak tonyum ni .. kena makan kedai senyap-senyap hahahaa

    ReplyDelete
  2. bonda dah boleh la start deco rumah anak bulus dah matang tu jangan ada yang bawa balik baby lagi dah la...saya 2ekor dekat rumah ni diaorang suka cakar kerusi meja makan

    ReplyDelete
  3. Banyak betul resepi cendawan enoki ni. Suruh iman cuba resepi enoki + tofu telur masak sos tiram. Sedap jugak tu.

    ReplyDelete
  4. #theimans pn suka cendawan inoki dlm tonyam tp ibu x suka.. so kita asingkan je 1 bubuh inoki dan 1 lg ibu punya xde inoki

    ReplyDelete
  5. PH pun suka letak emoji ni dlm tomyam sbb anak2 suka cendawah ni... kalau goreng dgn tepung bestari pun sedap SK.

    ReplyDelete
  6. saya pun kurang suka cendawan enoki, kena makan byk sekali, kalau setakat sehelai dua, tak terasa, tak puas...hehe....sedapnya nasi goreng daging....masuk dlm list kdrama tu...suka genre lawyer2..

    ReplyDelete
  7. cendawan enoki tak pernah miss kat rumah ni. Yg no. 2 tu suka nau makan..goreng sayur nak letak, buat telur dadar nak letak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!