IKAN JENAHAK ASAM PEDAS & MASAK KARI

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

SELAIN udang yang di masak Sambal Petai hari tu, Pak Inche beli juga seekor ikan jenahak dan seekor ikan merah. Saiz jenahak tu lebih besar dari ikan merah, harga sekilo sama pulak, RM35. Jumlah kedua-dua ikannya tak silap Pak Inche kata, RM69. Masa Pak Inche bayar tu, Sk tengah meninjau ikan mayong kat kedai sebelah, hehehe.

Sebab hari esoknya, Pak Inche singgah pulak kedai beli kacang bendi, cili hidup dan limau kasturi, maknanya tak boleh nak simpan ikan lama-lama. Pak Inche mintak masak kari, tekak sendiri pulak nak makan lauk asam pedas. Maka terjadilah ikan jenahak dua dunia, satu masak kari, satu masak asam pedas, hehehe.


Ikan Jenahak masak asam pedas bahagian badan untuk Iman. 


Ikan Jenahak masak kari bahagian badan untuk Pak Inche.


Sk masak asam pedas dulu sebelum masak kari. Senang jer masak asam pedas ni sebab semua bahan dia dah ada stok siap macam cili dan bawang dah siap giling (tipu - padahal blend). Halia dan serai pun Sk memang dah hiris dan potong siap dan frozen-kan. Nak masak tinggal bilas dan campak dalam kuali.


Sambil tumis bahan masak asam pedas, sambil siapkan bahan masak kari. Itupun cuma nak kupas dan hiris bawang jer, lain semua dah siap. Kawan Sk kata, Sk pandai masak, sebenarnya bukan pandai tapi zaman sekarang ni senang sikit nak masak, boleh sediakan bahan siap-siap dan simpan dalam peti ais. Lagi satu, orang lain masak diam-diam, Sk masak riuh la ambil gambar buat content media sosial, kahhhhh.


Siap dua-dua lauk, Kari Ikan dan Asam Pedas Ikan. Api pun dah tutup.


Tersampuk mambang rajin, sambal belacan kali ni Sk tumbuk guna lesung batu. Kali ni guna resepi sambal belacan ibu ajar dari Sk remaja.. cuma cili hidup, belacan bakar, sedikit ajinomoto dan jus limau kasturi. Pak Inche balik bawa timun pulak. Sedap lain macam sambal belacan agaknya sebab tumbuk guna lesung. 


Ada ikan goreng jugak untuk Pak Inche dan Sotong Goreng Tepung Bestari untuk Iman.


Esoknya, repeat lagi makan asam pedas dan kari ikan jenahak. Asam Pedas Kepala Ikan untuk Tuan Tanah Kedaung. Dulu-dulu, Sk tak makan kepala ikan ni tapi sekarang terpaksalah makan, dah semua orang tak nak. 


Kari semalam tu ada bahagian ekor, ni untuk Pak Inche.


Tambah telur dadar untuk jodohkan dengan asam pedas. Semalamnya tak buat sebab penat masak dua lauk, kali ni cuma panas-panaskan aje, jadi adalah tenaga nak buat telur dadar.


Rupa sambal belacan dan timun pun elok sikit dah, hahaha.


Goreng ikan gelama sebab tak ada ikan goreng.


Eh, ada bonus!
Asam Pedas Ikan & Telur Mayong by Angah. Ikan mayongnya Angah minta tolong belikan lepas Sk hantar video ikan kat Pendas. Sudahnya, kepala ikan Sk tu tak makan pun. Nanti minggu depan buat bekal ajelah kot, kui kui.

Syukurrrrr Alhamdulillah 🌹

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!