KARI IKAN BAWAL GUNA SERBUK KRIM KELAPA KARA

Seri Kandi Tanah Jauhar
11

 Assalamualaikum WBT

SEMALAM, dekat-dekat pukul 3 petang, Pak Inche hantar gambar sepinggan nasi dengan caption, dah makan nasi. Kalau dah hantar laporan macam tu, maknanya malam nak makan benda lain selain nasi. Sk tahu, dia aim nak makan Mee Goreng Al-Anisah. Hari ahad hari tu pergi, tutup.. padahal sebelum ni diberitahu, buka setiap hari. 

Sk beritahu, dah rendam ikan bawal. Ikan tu Pak Inche beli dua atau tiga minggu lepas. Dia jugak yang mintak masak kari tu, kalau tak, tidaklah Sk nak merendamnya awal-awal sebelum pergi kerja. Lepas rendam, Sk letakkan di bahagian chiller supaya bila balik kerja dah boleh terus masak. Kalau disimpan balik, tak sedap dah jadinya nanti.


Jadinya, masak tetap masak. Ikan dah siap siang di kedai dan dibelah dua. Sk potong bahagian ekor sikit untuk goreng dan selebihnya masukkan dalam kari bersama bahagian kepala. Plannya, bahagian kepala tu nak buat bekal hari ni. Tapi... bahagian ekor tu pun tak habis makan berdua, hahaha. Makan bahagian atas  aje, ada lagi separuh bahagian bawah tu, Sk bawa bekal.

        

Nampak.. bahagian bawah tu tak dimakan. Semalam, Pak Inche makan suku, Sk makan suku. Bawa bekallah kita, ini baru betul menu rahmah, hahaha. Bahagian kepala tu, buat makan malam ni la.. nanti kita tambah ikan kering atau Sotong Goreng Kunyit ke. Itupun Pak Inche kata, kalau dia makan nasi tengahari ni, dia mesej.


Untuk santannya, guna Serbuk Krim Kelapa Kara. Beli dua bungkus, sebungkus dah habis guna masak Nasi Lemak. Yang masukkan dalam kari ni, Sk cuma guna dua sudu dan bancuh dahulu dengan setengah gelas air sebelum tuang dalam kari. Bila dah siap masak, macam ada bau orang kukus kuih bersantan, wangi betul. Risau jugak kalau karinya rasa kuih, hahaha.. tapi mujurlah, memang rasa kari dan tiada rasa yang pelik. Kira memang pass la serbuk krim kelapa kara ni, boleh simpan lebih buat stok.


Ikan goreng memang wajib untuk Pak Inche. Mungkin dah biasa dimanjakan emaknya dulu-dulu, anak-anak mesti ada ikan goreng. Kalau balik Kedah sana, memang ikan goreng mesti ada atas meja setiap kali makan nasi. Kalau family Sk, tak ada ikan goreng ke, ayam goreng.. lagilah tak ada. Kalau asam pedas, ikan asam pedas tu la, begitu juga kari atau masak lemak. Kalau yang biasa ada, ikan kering, hahaha. Tapi, Sk dah tua baru pandai makan ikan-ikan kering ni.


Mambang rajin dah terbang, sambal belacan pun, Sk kisar aje semalam. Guna resepi sambal belacan ibu, cuma lada hidup, belacan dan jus limau kasturi. Aiseh.. baru teringat lupa nak letak ajinonoto, haha. Kurang sedap la berbanding bila ditumbuk guna lesung batu, tak juicy sangat. Jus limau tu tak meresap dalam lada dan belacan.


Singgah Maslee beli lada, bendi dan ternampak timun, belilah buat ulam. Timun tu, kecik aje, besar lengan baby kot, RM1.99 ko. Punyalah mahal. Nantilah, nak buat projek tanam timun kat kolej, mudah-mudahan ada hasil, tak yah membeli lagi. Kalau ada rezeki, boleh jual pulak 50 sen sebijik, hahaha.. berangan!
Tags

Post a Comment

11Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hari tu kita beli timun kat kedai acheh.. dua batang pun dah rm7...naik harga katanya rm9/kilo...tu diaaa

    ReplyDelete
  2. Apa je yang murah sekarang SK...kari tu nampak sedap...hari ni pun kita bawak sambal belacan, ada ulam timun dan bendi celur je..nanti petang lepas lunch kita update ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita malam ni plan nak tambah bendi celur. Semalam bendi tu jual siap sebungkus, masuk separuh aje dlm kari.

      Delete
  3. Sedapnya alahai kari ikan bawal...

    ReplyDelete
  4. Semua nampak sedap...aji jgn tertinggal...😅

    ReplyDelete
  5. tak pernah masak guna serbuk santan nanti boleh la try kalau sedap. selalu beli yang kotak tu je. sedapnya kari bawal cicah roti canai :)

    ReplyDelete
  6. Apalah benda murah sekarang ni SK. Peria, terung, timun, telur....tak tahulah nak kata harga apa.

    ReplyDelete
  7. ammi kalau lauk tu terlebih pedas barulah ada extra ayam goreng or ikan goreng utk si kecik sbb kesian pulak tgk kalau pedas sangat dia makan sampai terjelir2 lidah..kalau rasa biasa2 je..ko makan je dendiam jgn byk bunyik

    ReplyDelete
  8. Timun Jepun kadang kalau time murah sekilo RM1.99 ..kalau time mahal tu la...sebatang kecik rm1.99( sebenarnya rm2 la tu🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!